Wednesday, April 6, 2011

sahabat

Sahabat.... 
Aku menyayangimu..
Kehadiranmu sangat aku nantikan..
Pemergianmu adalah kesedihanku..

Sahabat....
Masih ingatkah kau sewaktu kita sama-sama bersolat jemaah di surau sekolah?
Selepas itu kita sama-sama menghayati maksud ayat-ayat al-Quran..
Pada waktu itu, pertama kalinya kita berjumpa tentang kisah Puteri Balqis dan Mariam dalam kalam-Nya..
Dan kita sama-sama berazam untuk menjadi wanita yang terbaik dan beribadah kepada-Nya..

Sahabat..
Di waktu itu,
Aku pernah bertanya, apakah cita-citamu?
Kau menjawab ingin menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah..
Aku terharu dan terasa lebih menghormatimu kerana jawapan yang kau berikan itu..
Aku insaf dengan jawapan itu..
Dan aku juga mencipta cita-cita yang sama sepertimu..

Tetapi..
Adakah cita-citamu itu hanyalah dimulut semata?
Mengapa semudah itu kau berubah sahabatku?
Tidakkah kau ingat maksud ayat-ayat Allah yang telah kau terangkan padaku sewaktu aku dilanda kekeliruan?

Sahabatku..
Aku bukanlah insan sempurna segalanya untuk mengingatkan kau tentang perubahan dirimu..
Tetapi aku punya rasa tanggungjawab untuk mengingatkanmu..
Atas rasa tanggungjawab dan sayang padamu, aku mengikut naluri hati ini untuk mengajakmu kembali seperti dahulu..

Sahabat..
Aku tidak mahu kau terus lalai dengan dunia tanpa mengendahkan akhirat..
Aku tidak mahu kau terus alpa dengan segala nikmat yang kau rasai sekarang ini..
Aku juga tidak mahu kau melepaskan peluang untuk mencari hidayah-Nya..
Hanya kerana aku sayang padamu..
Aku terlalu rindukan dirimu yang dahulu..

Ketahuilah sahabatku..
Hidup ini hanya sementara..
Apa yang kita lakukan akan di hisab..

Kembalilah sahabatku,
Kembalilah kepada dirimu yang teguh dengan pendirian agama satu waktu dahulu..
Ayuhlah kita sama-sama memperbaiki diri untuk mencapai cita-cita yang telah kita bina bersama satu waktu dahulu..
Ayuh sama-sama kita realisasi cita menjadi realiti..

Sahabat..
Aku menunggu kehadiranmu..
Jika kau perlukan tangan untuk menyambutmu, 
Aku sedia menghulurkan tanganku untukmu..
Jika kau perlukan kaki untuk berjalan bersama,
Kakiku bersedia untuk menemanimu..
Aku sentiasa bersedia untuk bersamamu mencapai cita-cita kita dahulu..

Akhir kata, semoga kita berjumpa dengan keadaan yang lebih baik suatu hari nanti..







No comments:

Post a Comment