Thursday, January 20, 2011

INdahnya hidup ini..

Alhamdulillah..Hari ini kita masih lagi dapat bernafas seperti hari-hari yang sebelumnya. Dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini, kita dapat memperbaiki diri kita supaya lebih baik dari yang sebelumnya.

    Bagi saya hidup ini indah jika kita sertakan dengan cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada pasangan suami atau isteri kita, cinta kepada ibu dan ayah, cinta kepada sahabat dan akhir sekali cinta kepada saudara seislam serta makhluk Allah.
   
   Ada apa dengan cinta itu? Bagi saya cinta itu adalah satu perasaan di mana perasaan tersebut mendorong kita untuk menjaga haubungan kita dengan apa yang kita cintai, memberi yang terbaik pada yang kita cinta dan sebagai sumber inspirasi kita untuk teruskan hidup dengan sabar dan tabah demi yang dicintai. Wah! Hebatnya cinta ini.

   Ya! Itulah cinta saya. Cinta yang saya ada sekarang mendorong saya untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik, seperti moto saya sejak sekolah menengah dahulu iaitu "be the best among the best". Bagi sesiapa yang mengenali diri saya, pasti tahu tentang itu. 

   Ada apa dengan cinta Allah? Subhanallah. Terlalu banyak yang kelebihan dengan cinta kepada Allah. Maha suci Allah yang menjadikan kita untuk beribadat kepada-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Dan tidaklah Kami (Allah) ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah (kepada Kami)." (Az-Zariat:56) .
Mencintai Allah adalah melakukan perkara yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan perkara yang tegah oleh-Nya selain mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kepada keburukan.
    Allah berfirman yang bermaksud :
 " Dengan memngingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'd:28).  
Allah telah nyatakan bahawa apabila kita mengingati Allah maka hati kita akan menjadi tenang. Ketenangan hati bukan datang dari paras rupa, harta dan pangkat, tetapi datang dari hati yang betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam mencintai Allah. Allah akan sentiasa berada di sampingnya dan memberi petunjuk kepadanya seperti kenyataan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
 " Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang dia tidak sangka.." (At-Talaq:2-3)
 " Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku amatlah dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepad-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahan-Ku, dan berimanlah kepada-Ku agar mereka beroleh kemenangan." (Al-Baqarah:186)  
Apa lagi yang kita perlukan melainkan cinta dan pertolongan dari Allah untuk kita?

   Kadang-kadang kita selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, tetapi banyak halangan dan ujian yang datang melemahkan kita. Apakah maksud semua itu? Adakah Allah ingin menghalang kita dari jadi yang terbaik?
Allah berfirman yang bermaksud:
 " Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Al-Baqarah:286)
Telah Allah nyatakan kepada kita bahawa apa yang diujinya adalah dalam kemampuan kita. Dia tidak akan membebankan hambanya melebihi kemampuan hamba tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
 " Allah tidak berkehendak bagi menyulitkan kamu, sebaliknya Dia berkehendak bagi membersihkan kamu serta menyempurnakan nikmat-Nya ke atas kamu, semoga kamu bersyukur." (Al-Maidah:6).
Allah tidak jadikan sesuatu hanya untuk sia-sia. Setiap dugaan dan ujian semestinya ada hikmah yang tersembunyi. Adakalanya dugaan dan ujian dari Allah adalah untuk menguji keimanan, kesabaran dan ketabahan hamba-Nya. Ada juga dugaan dan ujian yang dilalui adalah untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lalu. Oleh itu, sebagai hamba, kita MESTI bersyukur dan redha dengan dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada kita.

Sebagai hamba, kita mestilah berfikir tentang segala kejadian Allah. Ayuh kita fikir sejenak. Apakah yang terjadi jika Allah tidak berikan kita ujuan dan dugaan untuk menguji keimanan kita? Semestinya hidup ini membosankan. Fkir-fikirkanlah yang selebihnya.
Kesimpulannya, mencintai Allah adalah sesuatu yang membahagiakan. Dengan mencintai Allah, kita akan mencinta yang seterusnya, iaitu, pasangan suami atau isteri kita, anak-anak, ibu bapa dan makhluk ciptaan-Nya kerana cinta Allah adalah menyeluruh dari segi aqidah, ibadah, dan akhlah. Ayuh sama-sama kita mencintai Allah.

Wednesday, January 19, 2011

Solat dan 5 jenis manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.    
sumber ~ http://dakwah2u.blogspot.com

Thursday, January 13, 2011

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah