Saturday, May 26, 2012

:: SAHABAT::

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni ana rasa nak tulis sesuatu, tapi, ana tak tahu nak tulis.. Sungguh, waktu yang ada tanpa berbuat apa merunsingkan ana.. Sebaik-baiknya ana perlu, kena, mesti menggunakan masa terluang yang ada ni sebaik-baiknya sebelum datangnya waktu sibuk.. Allah.. 

Sibuk-sibuk mencari topik yang nak ditulis, ana jumpa gambar dua anak kucing ni.. Allahuakbar.. Tiba-tiba pulak ana rindu kat kucing-kucing ana di kampung.. Dan ana teringat kata-kata ayah ana " Kucing ni dua-dua jantan. Dari kecik sampai besar, tak pernah gaduh. Siap boleh tidur sekali lagi. Bagusnya." Itu kata-kata ayah ana. Ana pun perhatikan kucing-kucing ana. Subhanallah. Baiknya hubungan kucing-kucing ni.. sesekali ada juga ana tengok kucing ana mcm bergaduh, last-last berpeluk pulak.. Ish.. Jeles ana.. Kenapa ana cerita tentang kucing pulak? Di sini ana nak kaitkan tentang persahabatan.. ana tengok kucing-kucing ana tu macam bersahabat.. Sedangkan kucing pun boleh bersahabat, sama-sama jaga antara satu sama lain, apatah lagi kita, manusia yang dikurniakan keistimewaan akal untuk berfikir kn? Mesti lagi "special".. :).. Sahabat.. Untuk mendapatkannya bukan mudah. Tetapi, bila kita dah jumpa sahabat, jangan pula kita biarkan dia pergi kerana diri kita.. Siapa sebenarnya sahabat kita? 

MENURUT IMAM AL-GHAZALI TERDAPAT 12 SIFAT SAHABAT SEJATI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Adakah dalam kalangan kenalan kita yang mempunyai sifat tersebut? InsyaAllah, ada.. Terkadang perkataan sahabat tidak terungkap antara kita dan dia, tetapi perbuatan menggambarkan dia sahabat kita.. Hanya kita yang perlu menilainya dengan baik.. :).. Hargai dan sayangilah sahabat kita kerana Allah dan jadilah sahabat kepada dia.. :).. Sama-samalah kita saling ingat mengingati untuk mendapat keredhaan Allah.. :)




Friday, May 25, 2012

Trend 'Taqrabu Az-Zina" Sebelum Penikahan

 

Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari." (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."(HR.Bukhari)
Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.


Apa itu ikhtilat?

Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?

Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:  "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.

Ingat pesan Nabi,
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,

"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,

"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)

Saturday, May 12, 2012

::AURAT DIJAGA SYARIAT TERPELIHARA::

Bismillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Bersyukur kita pada nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada kita iaitu nikmat??? Nikmat ape? Menurut satu kisah yang ana baca dalam buku bertajuk Ibadah Sepenuh Hati, hasil tulisan Amru Khalid, seorang penulis Indonesia nikmat yang paling besar dalam hidup kita, dunia dan akhirat ialah nikmat Allah sebagai Tuhan kita.. Kenapa pula? Bukan nikmat Iman dan Islam? Jawapan kepada persoalan tu, ana nak jawab dengan soalan balik.. Nikmat Iman dan Islam tersebut datangnya dari mana? Nikmat kesihatan, kedamaian, kebahagiaan, kekayaan, kesenangan semuanya datang dari siapa? Siapa yang beri semua nikmat tu? ^__^.. Maka, bersyukurlah kita kerana Allah Tuhan Kita.. Allah Maha Baik sebab bagi kita semua nikmat tu.. Malah Maha Sweet sebab tak mintak ape-ape balasan pun dari kita atas semua pemberian nikmat-nikmat tu.. Baik dan Sweet kan? :)

Dah lama ana tak update blog ni.. Kekangan masa, kekurangan Ilmu ana sendiri, dan banyak lagi hal dunia yang menghalang ana dari nak update blog yang Allah amanahkan pada ana sebagai pengumpul saham ana di sana nanti.. Alhamdulillah, pagi ni ana ada sedikit perkongsian yang ana teringin sangat nak sampaikan. Perkongsian ni hasil ilmu yang ana kutip dari forum Aurat Terjaga Syariaat Terpelihara. 

"AURAT TERJAGA SYARIAT TERPELIHARA".. Indahkan tajuk tu? Disebalik tajuk yang indah punya makna yang juga begitu indah..

Jika ringkaskan maksud syariat dari segi bahasanya ialah satu jalan yang boleh mendatangkan tenang/sejuk. Manakala dari segi istilahnya syariat adalah apa yang ditetapkan oleh Allah, semua hukum yang ditetapkan oleh Allah.. Itu maksudnya yang telah diringkaskan. Mengikut maksud tersebut, jika kita hendakkan ketenangan, maknanya kita perlu melalui jalan yang membawa kita kepada ketenangan. Allah dah beri jalan ketenangan pada kita dengan syariat-syariat atau hukum-hukum kepada kita.. Menjadi pilihan kita untuk melalui jalanNya atau nak ikut jalan lain. Jika kita ikut syariat, InsyaAllah, ketenangan dan kebahagiaan menjadi milik kita. Namun, jika pilihan kita selain syariatullah, waspadalah.. Semuanya terletak pada pilihan kita, mahu tenang atau sebaliknya.. 

Firman Allah
" Kemudian kami jadikan engkau (Muhammad)  mengikut syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka tidak akan dapat menghindarkan engkau sedikit pun dari (azab) Allah... " (45:18-19)

Dalam dunia ni, terdapat 5 perkara yang dijaga oleh syariat. 
1. Agama- Syariat menjaga agama. Tanpa syariat, agama Islam menjadi kucar kacir, kacau bilau. Tetapi, dengan syariatullah, hak asasi manusia mengikut syariatullah, agama Islam menjadi agama yang Indah, sejahtera dan selamat. 
2. Jiwa- Syariat menjaga jiwa/ nyawa seseorang individu. Syariat mengharamkan pembunuhan. 
3. Akal- Syariat menjaga akal. Syariat mengharamkan pengambilan dadah dan arak yang merosakkan akal.
4. Keturunan- Syariat menjaga keturunan dengan perkahwinan dan mengharamkan zina.
5. Harta- Syariat menjaga harta.
 (Ustzh Yazidah, 2012)

Dah puas dengan syariat, kita terus kepada aurat pula.. Ana tahu, ramai yang curious tentang aurat ni.. Ana juga sedar, sekarang ni ramai yang dah bertudung dari yang free hair.. Kat sini ana tekankan kerana apa kita bertudung? Nak cantik ke? Nak ikut fesyen terkini atau kerana ALLAH?

Sebelum tu, apa itu aurat? Ustazah Fatimah Syarha dalam forumnya semalam menerangkan maksud aurat. Aurat adalah kekurangan. Aurat merupakan satu ruang rosak yang membolehkan musuh masuk. Macam mane tu? Ok..  Ana tak nak cerita panjang tentang maksud ruang rosak, ana nak fokus kepada kekurangan. Apa yang dikatakan aurat adalah kekurangan? Secara logiknya, kita nak dedahkan tak kekurangan kita pada orang lain? Kita nak cerita tak kelemahan kita pada musuh kita? Apa kekurangan kita tu? Kenapa panggil kekurangan? Kerana apa yang dikatakan aurat itu adalah sesuatu yang boleh menyebabkan kita tidak selamat jika mendedahkannya. Contoh, seorang wanita pakai tudung, tapi dipadankan dengan baju "adik" yang kecik, ketat dan jarang. Selamatkah dia dari pandangan lelaki yang mempunyai masalah hati? Satu kelebihankah apabila menjadi perhatian lelaki? Mungkin kelebihan di dunia bagi wanita yang tidak sihat akalnya, tetapi ianya merupakan satu keburukan, kekurangan bagi wanita ISLAM yang BERIMAN. 

Kerana apa kita menutup aurat? Muhasabah diri kita sendiri. Adakah kerana ikutan orang, fesyen dunia muslimah sekarang, kerana arahan ibu atau ayah, atau kerana Allah? Marilah kita menutup aurat kerana Allah, kerana syariatullah. Bagaimana yang dikatakan menutup aurat kerana Allah? :).. Menutup aurat kerana Allah mestilah menutup aurat dengan sempurna. Bertudung biarlah labuh sehingga di bawah dada, berpakaian biarlah longgar dan tidak jarang.. Islam ni agama yang mudah.. Islam meluaskan yang halal dan menyempitkan yang haram. Kita boleh nak berfesyen, tetapi pastikan fesyen kita tu ikut landasan agama.  Apabila kita dah menutup aurat, pelihara aurat kita, bermakna kita dah ikut satu syariatullah, InsyaAllah, syariat-syariat lain dengan sendirinya akan terikut. Bila kita nak jadi baik, nak ikut apa yang Allah suruh, Allah akan bantu kita. ^__^.. Sweet kan? 

Ana selalu juga dengar ada yang kata, " Aku free hair pun, hati aku lebih baik dari yang bertudung." " Aku pakai pakaian "adik" pun, aku tak seteruk orang yang berjubah". Ada kan yang berkata begitu? Allah tidak melihat pada rupa kita, pada kuasa kita, tapi Allah melihat pada hati dan amalan kita. Eloklah kita nilai sesorang itu pada pandangan Allah dan Rasulullah. Bila kita tengok wanita yang tidak menutup aurat, tetapi hati dan akhlaknya baik, bermakna dia dah rugi kerana tidak mengamalkan perintah Allah. Maka, bukan tugas kita nak caci maki dia, tetapi, berdoalah moga dia diberi kekuatan untuk menutup aurat. Jika kita melihat wanita yang menutup aurat tetapi punya akhlak yang tidak kita senangi, dia telah melaksanakan satu suruhan Allah. Jadi, bukan tugas kita nak marahkan dia, tetapi tegur secara hikmah dan doa semoga akhlaknya indah seperti perwatakan fizikalnya. Siapa pun kita, menutup aurat atau tidak, berakhlak atau tidak, kita sebagai hamba Allah, perlu ingat, hidup ini sementara sahaja. Kita ada dua pilihan. Sama ada nak jadi hamba yang baik, atau hamba yang ingkar. Sama ada kita nak dapat balasan baik, atau balasan buruk. Analoginya, jika kita punya 2 ekor kucing, seekor ikut cakap kita, jaga hati kita, bila kita panggil dia datang, bila nak membuang dia pergi ke tempat yang di khaskan. Seekor lagi degil, membuang merata-rata, bila kita pegang, dia gigit. Yang mana kita saya sayang? Kucing mana yang dapat makan apa aje yang kita makan? Semestinya yang ikut cakap kita kan? Begitulah konsep perhambaan. Bila kita baik dengan tuan kita, kita dengan arahan, kita tak buat benda yang tuan kita tak suka, kita akan dapat balasan baik dari tuan kita. Bila kita ikut perintah Allah, tak buat apa yang Allah larang, InsyaAllah, kebaikan dunia akhirat yang akan kita perolehi. 

Aurat dan syariat.. Dua-dua dah diterangkan, rasanya tidak lengkap jika kita terlepas tentang muslim dan mukmin.. Apa itu muslim? MUSLIM menyerah diri dengan syariat Allah. Mengucap dan tahu serba sedikit tentang Islam, tetapi MUKMIN adalah muslim yang beriman, yakin serta tidak ragu-ragu dengan Allah dan Rasulullah. Ana bagi satu situasi yang membezakan Muslim dengan Mukmin. Allah menyuruh wanita menutup aurat. Dalam sebuah rumah di musim perayaan, tentunya ada sepupu lelaki, ipar duai. Wanita MUSLIMAH akan ragu-ragu untuk menutup auratnya dengan memikirkan sepupu atau ipar duainya akan terasa jika dia menutup aurat, tetapi wanita MUKMINAH tidak akan ragu-ragu dengan perintah Allah. Dia yakin dengan akhlaknya sepupu dan ipar duainya tidak akan terasa dengan penutupan aurat dalam rumanya sendiri.

Kesimpulannya, marilah kita menjadi seorang MUKMIN yang menjaga SYARIAT yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai wanita, AURAT adalah perkara penting yang perlu dijaga dan dipelihara. Penutupan aurat boleh mendidik seseorang itu memperbaiki akhlaknya. Niat yang baik akan disusuli dengan perbuatan yang baik dan diakhiri dengan balasan yang baik. InsyaAllah.. Mari muhasabah diri kita, perbetulkan niat kita, dan perbaiki akhlak kita. AYUH BERUSAHA MENJADI MUKMIN/ MUKMINAH.





Sunday, March 4, 2012

PENGHALANG-PENGHALANG DALAM MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum.. Apa khabar iman kita hari ni? Setelah lama menyepi, kini saya kembali dengan post tentang penghalang-penghalang menuntut ilmu. Post kali ni saya petik dari risalah Friday Meal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Bagi saya entri ini sangat bermakna buat kita sebagai pelajar. Kenapa saya berfikiran 'kita sebagai pelajar'? Semestinya untuk yang bergelar pelajar ianya sangat berguna, tetapi untuk yang tidak bergelar pelajar, kenapa? Bagi saya, tidak kira berapa umurnya, di mana kita berada, apa yang buat, yang pasti, kita akan belajar sesuatu dari sehari ke sehari. Oleh itu, mari kita sama-sama tahu dan ambil perhatian serta elakkan halangan-halangan tersebut. 
Antara halangan-halangan dalam menuntut ilmu ialah
1) Niat yang rosak.
2) Ingin terkenal dan ingin Tampil
3) Lalai menghadiri majlis ilmu
4) Beralasan dengan banyak kesibukan
5) Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu lapang
6) Bosan dalam menuntut ilmu
7) Merasakan diri hebat
8) Tidak mengamalkan ilmu
9) Putus Asa dan rendah diri
10) Bertangguh
11) Belajar kepada Ahlul bid'ah

Marilah sama-sama kita elak dari melakukan perkara-perkara yang menghalang kita dari mendapat ilmu.. Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat.. Selamat beramal.. =)

" Ya Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redha-Mu. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakan-Mu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak pernah berniat untuk mengingkari-Mu, apatah lagi untuk mensyirikkan-Mu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, daku bersyukur kepada-Mu kerana Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayangan kegelapan semakin mengililingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan-Mu. Engkaulah penciptaku dan hanya Engkaulah yang memahami apa yang terbaik untukku. Esok lusa mungkin aku akan kembali kepada Mu, terimalah daku ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."


Sunday, December 18, 2011

Alamat-alamat Cinta...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Kita masih lagi dipilih untuk diberi nikmat iman dan Islam, di mana tiada yang lebih bererti daripada dua nikmat yang besar ini.. Subhanallah.. Kita masih lagi diberi peluang untuk menambah pengetahuan yang ada, jika tidak, mana mungkin kita akan terbuka laman yang mengandungi perkongsian ilmu, kn? Allahuakbar.. Betapa luasnya ilmu Allah yang Maha Mengetahui.. Mana mungkin ilmu yang kita pelajari itu habis sekalipun kita sudah bergelar doktor falsafah..

MasyaAllah.. Dah lama rasanya tak "update" blog ni.. Tapi hari ni, alhamdulillah, saya diberi kesempatan masa dan semangat baru untuk meng"update"nye..

Berbalik kepada tajuk yang tertera.. Alamat Cinta Kita.. Sebelum tu, saya nak bagi satu analogi.. Andai kita hendak pergi ke sesebuah tempat, apakah yang perlu kita tahu untuk sampai ke tempat tersebut? Andai anda ingin menziarahi saya, apakah yang anda perlu tahu untuk sampai ke rumah saya? Pastinya alamat tempat yang ingin anda tujui, kan? Begitulah juga dengan cinta kita.. Cinta? Ya.. Cinta kita kepada Allah.. Apakah yang perlu untuk kita capai cinta kepada Allah?

Antara keperluan atau lebih tepatnya kemestian yang perlu untuk kita mencintai Allah :

1. Taat kepada Allah dan Rasulullah.

" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu". 2:208

"Barang siapa yang mentaati Rasul (Muhammad), maka dia mentaati Allah..."4:80

Bagaimana untuk kita taat kepada Allah? Semestinya dengan melakukan perbuatan yang disuruh dan disukai oleh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang.. Bagaimana untuk kita melakukan perbuatan yang disuruh itu? Adakah dengan hati yang lalai? Adakah kita boleh melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam keadaan hati kita bukan kita khaskan untuk-Nya?
Semestinya tidak.. Untuk melakukan mentaati Allah dan Rasulnya, Kita mestilah membersihkan hati kita. Buangkan segala penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita berasa berat untuk melakukan perbuatan yang disuruh dan disukai Allah seperti riak.. Perbanyakkanlah berzikir, membaca al-Quran, beristifar dan kurangkan perkara yang sia-sia yang selalu kita lakukan..

Nabi SAW bersabda, barang siapa selalu beristifar, maka Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan, dan kelapangan dari setiap kesedihannya dan Allah akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangkanya.

2. Pengharapan hanya kepada Allah.

Pengharapan kepada Allah menunjukkan sejauh mana kita mengharap kepada Allah. Pengharapan kepada Allah juga menunjukkan sejauh mana kita berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kita sebagai hamba yang lemah dan lalai sangat perlu kepada "Penjaga" yang sentiasa menjaga dan memperingatkan kita bahawa kita hanyalah hamba. Siapakan "Penjaga" itu? Allah adalah sebaik-baik penjaga, sebaik-baik tempat mengharap. Jika kita di landa kecewa, pada siapa yang kita perlu pergi? Kepada siapa yang perlu kita luahkan? Sesungguhnya Allah merupakan tempat yang paling layak untuk meluahkan perasaan. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Jika kita dalam kegembiraan, kepada siapa harus diutarakan ucapan terima kasih, atau syukur? Semestinya kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa, seharusnya sedar tentang pengharapan kepada hanya kepada Allah..
 Firman Allah:

"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."  ( Asy-Syura:36)

JIka kita mengharap hanya kepada Allah, insyaAllah, sekiranya apa yang dipinta tidak tercapai, tiada kecewa, malah ucapan alhamdulillah yang terkeluar dari hati.. Subhanallah.. Indahnya mengharap hanya kepada Allah.. Janganlah kita menjadi orang yng sombong, yang tidak berdoa dan mengharap kepada Allah. Allah telah berfirman :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaafir ayat:60)


3. Taqwa kepada Allah.

Taqwa kepada Allah bererti kita seikhlas hati melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Perasaan takut kepada Allah akan wujud apabila kita sedar bahawa kita hanya hamba Allah dan setiap dari kita akan merasai kematian dan dikumpulkan untuk pengadilan (hari kiamat). Apabila kesedaran itu datang, secara aotomatik kita akan taqwa untuk melakukan perbuatan yang dilarang, bukan kerana kita takut kepaada undang-undang dunia atau hukum karma, tetapi, takut kepada balasan atau azab yang akan menimpa diri kita di akhirat nanti. Perasaan takut ini yang akan mengelakkan kita daripada membuat perkara-perkara yang dilarang. Bagaimana kita ingin mengesan sama ada masih ada atau tidak perasaan takut kepada Allah dalam diri kita? Periksalah diri kita diri kita sama ada masih lagi terasa berdosa jika kita melakukan sesuatu yang berdosa atau diri kita sudah hilang "imune" tersebut?.. Jika masih lagi kita terasa berdosa, alhamdulillah.. Jika tidak, berusahalah untuk kembali bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah:

" .. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.."  (At-Talaq:3)

4. Berkorban untuk agama Allah, agama Islam.

Bila bercakap tentang berkorban, msih ada di fikiran kita tentang berkorban nyawa dalam peperangan. Tidak dinafikan, pengorbanan tersebut sangat-sangat diperlukan untuk saudara seislam kita di luar sana, seperti di Palestin. Tetapi kita di Malaysia apa yang boleh kita korbankan untuk agama kita? Jika kita lihat rakyat Palestin bermandi darah mempertahankan Islam dan tanah air, kita di Malaysia atau di negara yang aman, apakah yang perlu kita korbankan demi agama Islam? 
Kita perlu korabankan masa kita berdoa untuk mereka di Palestin. Kita perlu korbankan masa kita untuk berpesan-pesan kepada kebenaran. Kita perlu korbankan masa kita untuk muhasabah diri kita, membaca al-Quran, pergi ke majlis-majlis ilmu yang boleh menambahkan ilmu dan mengingatkan kita kepada Allah. Ingat kawan-kawan.. masa bukan milik kita.. Apa salahnya kita gunakan masa yang ada untuk mendekati Allah selagi hayat di kandung badan.. Apa salahnya kita gunakan masa yang diberi untuk agama kita..

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."

5. Redha

Di sini saya nak kongsikan satu analogi. Kita sebagai pekerja di sebuah syarikat, apa yang perlu kita lakukan? Dah nama pun pekerja, semestinya kita bekerja untuk syarikat tersebut. Satu hari kita diberitahu bahawa kita akan dinaikkan pangkat kerana prestasi kerja kita yang berkualiti, semestinya gaji juga akan meningkat. Apa yang selalu kita buat selepas mendapat tahu hal tersebut? Kita akan berterima kasih kepada pengurus syarikat tersebut. Tiba satu hari, kita mendapat notis gaji dikurangkan kerana kerja kita yang tidak berkualiti, adakah kita akan membantah? Apa akan terjadi jika kita membantah? Kemungkinan jika kita membantah, kita akan di buang kerja. Jadi, untuk tidak dibuang kerja, kita perlu terima gaji yang telah dikurangkan tersebut. 
Analogi ini berkait rapat dengan diri kita sebagai hamba, kerja sebagai ibadah dan kebajikan, dan pangkat serta gaji sebagai kebaikan dan pahala. Allah telah berfirman bahawa kejadian jin dan manusia adalah untuk beribadah kepada-Nya. Bila kita beribadat, membuat kebaikan, kita akan dibalas kebaikan, mungkin dengan rezeki yang tidak di sangka-sangka. Kita akan menerima kebaikan tersebut dengan gembira. Namun, jika kita membuat salah, atau mungkin untuk di uji keimanan kita, kita perlu menerima ujian tersebut dengan redha. Jangan sesekali menyelahi takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Terimalah segalanya dengan redha dan berfikir lah dengan fikiran yang positif. Sentiasalah muhasabah diri sendiri dan istifar. Jika kita di uji, Allah telah memberi jalannya. Firman Allah:

"Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah:153)

6. Selalu mengingati Allah

Allah telah berfirman bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Apabila hati menjadi tenang, kehidupan akan berjalan mengikut landasan yang betul menuju ke jalan Allah. 
Firman Allah:

" Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (waktu subuh), 
dan segala puji bagi-Nya baik di langi, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zohor (tengah hari)."  ( ar-Rum: 17-18)

Inilah antara alamat cinta kita kepada Allah.. Nampak macam mudah, InsyaAllah untuk laksanakannya pun akan mudah bagi orang-orang yang ingin menuju ke jalan Allah. :).. Sebelum terlupa, mari kita sam-sam muhasabah diri kita..
Kita selalu doa agar Allah redha dengan kita.. tetapi... sejauh manakah kita redha dengan Allah? Sejauh manakah kita terima segala pemberian Allah sama ada pemberian itu berbentuk nikmat atau ujian?

Fikir-fikirkanlah.. semoga kita sentiasa dalam rahmat, redha dan kasih sayang Allah.. 
Semoga entry kali ni memberi kesedaran dan jalan kepada kita menuju cinta Allah.. Sama-samalah kita menuju cinta Allah..

YA Allah...

Berikan kami petunjuk-Mu,

Untuk kami meniti ke jalan redha-Mu,

Izinkan kami mengulangi,

Janji-janji yang baru,

Taubat nasuha setulus untuk-Mu............



Saturday, October 29, 2011

Rezeki daripada Siapa???


Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.
"...dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
Kali ini mari kita merenung serangkai ayat Qur'an yang menceritakan tentang rezeki. Firman Allah SWT :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

Selain dari Allah SWT siapa lagi yang boleh mencukupkan sumber rezeki yang tidak pernah putus-putus bagi menyambung kitaran kehidupan di alam ini. Bukan satu atau dua hari tetapi ribuan malah mungkin jutaan tahun. Hanya Dia sahaja yang berhak dan layak untuk menurun dan mengeluarkan segala rezeki dari sumber mana yang dikehendakiNya.
Inilah antara makna "Ilah" yang terkandung di dalam kalimah syahadah iaitu "la ilah haillallah". Dalam permasalahan rezeki, kalimah syahadah ini mengajar kita iktiqad "Tidak ada yang memberi rezeki melainkan Allah". Jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah dan boleh membawa kepada syirik.

Majikan atau tempat kita kerja adalah seperti posmen yang menghantar surat kepada seseorang. Bukannya surat itu daripadanya sendiri kerana rezeki yang berada ditangannya itu juga datang dari Allah. Bagaimana jika Allah menahan rezeki kepadanya?

Firman Allah SWT :
أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" (Surah Al-Mulk, ayat 21).

Pada waktu pagi kita dianjurkan membaca doa ini:
اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ ، لا شَرِيكَ لَكَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ ، وَلَكَ الشُّكْرُ
"Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami" (Zikir al-Ma'surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.).

Ini membawa pengertian supaya akidah tauhid kita dibetulkan sebelum kita memulakan aktiviti mencari rezeki pada awal-awal pagi. Manusia hanyalah makhluk yang sangat lemah sehingga tidak mampu menjadikan sebiji nasi pun di atas bumi ini dan bergantung kepada pohon padi dari ciptaan Allah SWT.
Allah SWT menjamin rezeki pada semua mahluk tetapi kenapa ada yang mati kebuluran. Hal ini diterangkan Allah dalam firmanNya :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah ar-Rum, ayat 41).
Kematian dan kebuluran 26 ribu orang di Euthopia bukti sebuah kebinasaan akibat dari pendurhakaan manusia. Bumi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia seperti tubuh badan yang dirosakkan oleh ubatan kimia yang bernama drugs. Tubuh yang dibekalkan dengan sistem imuniti juga hancur akibat dari dadah yang diambilnya pada setiap hari. Inilah sebabnya Allah menurunkan peraturan hidup yang sempurna untuk kesinambungan rezeki dan hidup di dunia ini.
Bagi menyelamat dunia yang kian hancur ini hanya satu sahaja iaitu ugama Allah. Ugama yang perlu ditegakkan sebagai "deenulhayah" untuk kesejahteraan ummat di muka bumi ini jika tidak terimalah padahnya iaitu penderitaan dan kemusnahan.
Perkara kedua dari ayat awal di atas difahami bahawa rezeki itu juga perlu dicari sebagaimana Allah menyatakan dengan kalimah "makhluk bergerak" bukannya hanya menanti yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Lihatlah rezeki seekor burung yang terjamin apabila ia keluar dari sarangnya. Kemalasan berikhtiar menjadikan periuk nasi juga kosong bukan kerana tidak ada jaminan dari Allah tetapi kerana ia yang memilih untuk itu.
Ini terkecuali dengan ujian dari Allah yg berupa kekurangan makanan dan buah-buahan seperti firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Ujian adalah hak Allah sama seperti rezeki. Hikmah dari ujian akan menjadikan sesuatu ummat itu bertambah kuat bukannya semakin lemah. Ia tergantung bagaimana sikap yang diambil terhadap ujian yang menimpanya. Jika ujian itu mematikan jiwa dan semangatnya, petandanya Allahlah yang menyempitkan kehidupannya seperti asma' Allah yang bernama "Al Qobidh".
 
وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Surah al-Baqarah, ayat 245).

Bangsa-bangsa yang terus "bergerak" telah menguasai dunia dibandingkan dengan bangsa yang suka berpeluk tubuh. Mereka menguasai semua bidang keilmuan di atas pokok perubahan yang dilakukan pada setiap detik. Rezeki itu kuncinya ilmu kerana itulah ia perlu bergerak bagi mencarinya.
Berkata Imam Syafi'ie rhm:
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم
"Sesiapa mengingini dunia, ia memerlukan ilmu. Sesiapa menghendaki akhirat, ia juga memerlukan ilmu".
Nasib itu tidak terletak pada tapak tangan tetapi terletak pada tangan dan kaki. Keluar dari zon statik kepada zon dinamik untuk mengubah nasib yang menimpa diri sendiri.
Firman Allah SWT :

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah ar-Ra'du, ayat 11).

Soal rezeki terlalu panjang perbahasannya tetapi penutupnya pula adalah pendek lagi ringkas iaitu semuanya rezeki itu adalah datang dari Ar Razaq.

Sumber Artikel: Rezeki dari Allah

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 245)
 

Friday, October 14, 2011

Allah Pasti Membantu Jika Kita Mahu Berubah Menjadi Baik


Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas kemudahan daripada-Nya pada perubahanku kini. Jika dibandingkan aku yang dulu dan kini, perubahannya sangat ketara dan aku rasa perubahan ini sangat menggembirakan aku mungkin juga orang di sekelilingku. Menatap gambarku di kala silam pada malam hari semalam dan melihat diriku yang kini menambah rasa bersyukur dan perasaan bahawa Allah itu masih sayangkan aku dan amat menyayangiku.

Menjadi baik itu adalah fitrah manusia begitu juga dengan soleh dan solehah. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah pilihan sama ada berlandaskan nafsu atau ilham takwa daripada Allah. Beruntunglah bagi hamba-Nya yang Allah kurniakan takwa yang mana Allah bimbing hamba-Nya yang dikasihi dalam tiap apa yang dia lakukan agar dapat menggapai redha-Nya. Oleh sebab itu, sentiasalah memohon kepada Allah agar tiap apa yang kita lakukan mendapat bimbingan daripada Allah kerana sesungguhnya dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga dan sebaliknyaBUKANdengan amalan atau perkara lain. Hanya dengan rahmat Allah.
Kenakalanku sejak di bangku sekolah kadang kala memberi penyesalan sementara padaku dan aku kerap mengulanginya. Daripada terhadap orang lain dan keluarga sendiri, aku tidak serik berbuat nakal kepada mereka. Semakin aku beranjak dewasa dan berfikiran luas tentang dunia, Allah mula menitipkan hati ini agar berubah ke arah lebih baik. Sejak sebelum peperiksaan PMR di tingkatan 3 lagi, aku sudah berniat untuk berhijrah ke negeri lain untuk melanjutkan pelajaranku untuk mempermudah perubahanku kerana sahabat adalah cermin diri kita. 
"Jika mahu mengenal diri kita, lihatlah pada sahabat kita"
Oleh sebab itu, aku tekad untuk berhijrah ke sekolah lain agar perubahan itu sedikit sebanyak dapat diteruskan dengan lancar dan alhamdulillah sejak berpindah di sekolah teknik, aku mula dekatkan diri dengan Allah melalui Al-Quran dan solat berjemaah kerana aku mula masuk asrama dan seperti yang anda tahu, apabila kita terlibat dengan asrama, kita perlu patuhi aktiviti yang ditetapkan. Antaranya turun ke surau pada waktu Maghrib, prep (belajar di bilik belajar), supper (makan setelah tamat prep malam).
Namun sedikit aku tergelincir apabila aku bertemu dengan seseorang tetapi alhamdulillah hampir setahun selepas itu, aku kembali di landasan hijrahku. Setelah itu aku berhijrah ke kolej matrikulasi. Allah mula permudah aku untuk mendapat bimbingan daripada muslimah yang boleh aku harapkan. Antaranya kakak fasilitator yang bertudung labuh ketika aku orientasi selama seminggu. Merekalah yang menjadi permulaan bagi aku mula berubah ke arah solehah dengan memakai stokin. Amalan yang kakak fasi tetapkan terus tersemat dalam hati aku. Alhamdulillah dan dari situlah aku mengenali kakak yang memberi aku inspirasi untuk bertudung labuh. Aku berkenalan rapat dengan salah seorang daripada mereka, kak Su. Dialah yang menjadi tempat luahan aku untuk aku berkongsi tentang niat aku untuk berubah. Aku tekad. Aku ingin berubah atau hidayah dan titik ilham taqwa itu akan Allah ambil dan mungkin aku tidak akan dapat lagi hidayah sebegitu seumur hidupku sehingga aku mati.
Aku mengagumi kak Su kerana dia tidak memperlekeh masa silamku malah dia memberi aku dorongan untuk berubah. Sebenarnya itulah yang patut kita lakukan,
"Jangan pernah perlekeh atau perkecilkan orang lain hatta dia berzina atau melakukan dosa besar yang paling dahsyat sekalipun kerana tidak mustahil kita menjadi seperti dia walaupun kini kita adalah seseorang yang soleh atau solehah"
Aku menyedari bahawa Allah sangat membantu aku dalam penghijrahan ini. Apetah lagi sekarang. Kesedaran aku terhadap Allah yang membantu dan mempermudah aku semakin meningkat daripada sehari ke sehari. Berdaftarnya aku di Management & Science University (MSU) pada mulanya membuat aku sedih kerana akulah satu-satunya pelajar di kolej matrikulasiku yang masuk IPTS. Mereka yang lain dapat masuk IPTA. Aku sangat bersedih ketika itu. Kadang-kala aku marah dan menyalahkan aku. Lama kelamaan hikmah di sebaliknya mula tersingkap sedikit demi sedikit dengan melihat diriku yang kini. Aku mula menyesali kerana aku marah pada Allah dan berterima kasih padanya atas semua ini. Mungkin kalau aku tak masuk MSU, aku tak jadi macam sekarang.
Daripada MSU lah aku kenal sahabat-sahabat yang padaku sahabat solehah yang aku boleh harapkan untuk membantu penghijrahanku. Aku mula kenal usrah, badan-badan dakwah seperti GAMIS, IKRAM, ABIM, PEMBINA dan lain-lain. Begitu juga dengan para ulama'. Mula membaca buku-buku ilmiah yang memberi kesedaran dan muhasabah buat diri ini. Sahabat-sahabat aku di MSU lah yang menjadi perantara-Nya dalam membantu aku berubah. Aku tertarik kepada sepatah ayat daripada naqibahku,
"Jika kita nak berubah menjadi baik, Allah akan berikan kita kawan-kawan yang baik. Ada sahaja mereka-mereka yang daripada mana, kita dapat kenal"
Dan itu jugalah yang terjadi pada aku. Jika kita nak berubah menjadi baik, insyaAllah Allah akan tolong. Janganlah kita ragu pada Allah. Mohonlah pada Allah agar penghijrahan kita untuk menjadi soleh dan solehah akan dipermudah oleh-Nya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong dan pelindung dan janganlah pula kita lupa untuk berterima kasih dengan Dia kerana sentiasa mempermudahkan kita dalam penghjirahan ini.
Kepada yang terdetik untuk berubah menjadi baik, mulakanlah langkah pertama secepatnya kerana mungkin detikan itu TIDAK AKAN terdetik lagi seumur hidup anda. Jangan biarkan ia tersia-sia di dalam hati.


Monday, October 10, 2011

Perlukah cinta sebelum nikah??

Assalamualaikum wbt.. Berjalan-jalan di alam maya membuatkan saya berjumpa sesuatu yang sering diperkatakan, sering menjadi isu dalam kehidupan remaja zaman sekarang.. Apakah isu tersebut??? 

Cinta.. Itulah isu yang selalu diperkatakan, selau dibincangkan dan selalu diinginkan oleh setiap remaja.. Memang lumrah setiap orang mempunyai perasaan ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai.. Tetapi, biarlah rasa sayang dan cinta itu dipendam dahulu selagi masih belum ada kemampuan untuk bersama dengan hubungan yang halal, iaitu nikah..

Adik-adik yang disayangi.. 

Tak perlulah menyerahkan rasa sayang, rasa cinta kepada lelaki atau perempuan yang kita cintai itu.. Sebaiknya adik-adik pendam dahulu perasaan itu, tetapi dalam masa yang sama, jadikan dia yang adik-adik cintai itu sebagai sumber inspirasi dalam hidup secara senyap dan berdoa moga suatu hari nanti adik-adik akan bertemu dengannya dalam keadaan yang lebih baik dan mempunyai kemampuan untuk memilikinya secara sah.. 

Adik-adik yang dikasihi..

Terlalu banyak risikonya jika adik ingin bercinta atau bak kate orang sekarang "couple" dalam usia semuda sekolah menengah, ada juga yang ber"couple" pada usia sekolah rendah.. Sedarlah adik-adik, perjalanan hidup adik-adik masih panjang, masih banyak lagi tanggungjawab yang belum adik-adik selesaikan.. Tidak terfikirkah adik-adik bercinta di usia muda itu mendatangkan beban dan komitmen yang lebih dan membuatkan adik-adik kurang menumpukan perhatian kepada yang lebih berhak seperti perhatian kepada ibu bapa dan pelajaran? Tidak terfikirkah adik-adik jika sesuatu terjadi dalam hubungan cinta adik-adik tersebut?

Cara akak cakap macam adik-adik ni bercinta serius je kan? Yup, bagi akak, apa-apa tentang perasaan, akak akan anggap serius.. Kita manusia, ada hati dan perasaan.. Ada rasa bahagia, ada rasa kecewa, ada rasa seronok, ada rasa sedih.. Walaupun kita tidak seruis terhadap hubungan yang telah terbina, adik-adik rasa perasaan itu akan sama tak dengan perasaan berseorangan (tak bercinta)? Tidak kan?? Sebab itulah, akak nasihat, tak perlulah adik-adik bercinta tidak kira waktu remaja atau bila-bila, tetapi, bercintalah selepas adik-adik dah pasti yang si dia tu hanya milik kita, maknanya dah jadi suami atau isteri kita.

"Lambat sangat lah akak.. Saya suka kan dia.. Apa salahnye kami bercinta dulu, bila dah mampu, kami nikah lah"..

Oh adik-adikku sayang.. Jodoh ketentuan Allah.. Adik-adik tahukah bahawa si dia yang adik-adik cintai itu jodah adik? Pastikah? Bagaimana kalau si dia bukan jodoh adik-adik? Tepuk dada tanya IMAN, nak tanya HATI pun boleh, tapi jawapan tu mesti kene logik ye.. :)

Cakap tentang jodoh ni, akak nak bawakan satu kisah pada adik-adik.. Kisah berlaku dalam hidup seseorang.. Sememangnya realiti.. Kisah cinta pasangan kekasih..

Akak perkenalkan Amir (bukan nama sebenar) sebagai watak si lelaki dan Humaira (juga bukan nama sebenar) untuk watak si wanita..

Humaira ialah salah seorang pelajar baru di sekolah Amir yang merupakan seorang pendiam jika tidak dirangsang, seorang yang tegas tetapi pemalu dan bijak. Manakala Amir pula seorang yang pemalu dengan perempuan, bijak dan agak popular.

Humaira dan Amir berada dalam tingkatan yang sama, tetapi dalam kelas yang berbeza. Perkenalan Humaira dan Amir bermula apabila mereka ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama dalam satu program di sekolah. Amir merupakan ketua kumpulan tersebut, manakala Humaira adalah penolongnya.

Perkenalan mereka berterusan sehingga habis program tersebut. Dipendekkan cerita, dua bulan selepas program tersebut, mereka mula bercinta. 

Bagi Humaira, Amir merupakan seorang lelaki yang baik yang pemalu, berpegang pada agama dan semua ciri-ciri yang ada pada Amir merupakan ciri-ciri lelaki idaman Humaira. Begitu juga Amir.

Masa berlalu.. tiba masanya untuk Amir dan Humaira melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat seterusnya. Humaira mendapat tawaran matrikulasi, Amir pula membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sekolah yang sama sebagai pelajar tingkatan 6. 

Amir begitu risaukan Humaira akan berjumpa dengan lelaki lain di matrikulasi. Atas alasan itu, dia menyekat kebebasan Humaira untuk berkawan. Baginya, no smiling, no talking, no discussion with other man except him. Oleh sebab terlalu hormat dan sayangkan kekasihnya, Humaira sedaya upaya menyekat kebebasan dirinya dan mengelakkan diri dari berbuat apa yang dilarang oleh sang kekasih. 

Tiba masanya Humaira melanjutkan pelajarannya ke Universiti. Sang kekasih bertambah cemburu. Alasan dan amaran yang sama diberikan kepada Humaira. Atas rasa sayangkan kekasih, Humaira sanggup berbuat apa sahaja..

Tiba giliran Amir melanjutkan pelajarannya ke Universiti..Sebelum pergi, Amir berjumpa dengan ibu Humaira untuk mengikat Humaira dengan tali pertunangan.. Tetapi, ibu Humaira menasihati agar Amir belajar dahulu..

Amir pergi dengan hati yang berat.. Jauhnya dia meninggalkan Humaira.. Harapan Humaira hanya satu, supaya Amir pulang dengan dirinya yang sedia ada, tidak berubah dek perubahan tempat..

Hari demi hari berlalu.. Amir semakin sibuk dengan kursus yang diambil.. Humaira hanya bersabar memahami Amir yang sibuk.. Suatu hari, Humaira bercakap dengan ibunya. Ibunya bertanya tentang Amir.. Dipendekkan cerita, ibu dan ayah Humaira tidak bersetuju Humaira berkawan serius dengan Amir.

Tanpa berfikir panjang, Humaira memutuskan hubungannya dengan Amir.. Seminggu selepas dia menyatakan keputusan untuk berpisah, Humaira menelefon Amir, dan meminta Amir menunggunya serta berdoa moga ibu dan ayahnya boleh menerima Amir.. Tetapi, Amir bukanlah sampah yang boleh dibuang kemudian dikutip semula.. Amir tidak bersetuju untuk memulakan hubungan, tetapi mereka boleh menjadi kawan.. Tetapi, hati Humaira masih tidak dapat melupakan Amir..

11 bulan mereka berpisah, tiba suatu hari, Amir menceritakan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seorang pelajar sekuliahnya.. Dan isterinya sudah mengandungkan anaknya..

Hancurnya hati Humaira hanya Allah yang tahu.. Dalam kekecewaan, Humaira dilamar oleh Amir kembali untuk menjadikannya isteri kedua.. Humaira menolak bukan kerana tidak setuju dengan poligami, tetapi Humaira punya prinsip sendiri. Dia tidak akan sekali-kali mengambil hak orang lain..

Humaira sedaya upaya menerima takdir yang telah ditetapkan untuknya.. Dia sedaya upaya menyimpan perasaan kecewa dan sedih seorang diri dan perlahan-lahan membuangnya.. Baginya, Allah takkan uji dirinya sebegitu jika dia tidak mampu.. Dia yakin dirinya mampu untuk lalui semua yang terjadi..

Akhirnya Humaira boleh hidup tanpa Amir.. Tiada lagi rasa kecewa, tiada lagi harapan untuk Amir.. Yang memenuhi hati Humaira adalah harapan kepada Allah, dan berusaha membetulkan dirinya, memperbaiki akhlaknya dan meletakkan cintanya hanya untuk Allah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedihkan cerita tu?? Bagi adik-adik, siapa yang salah?? 

Bagi akak, tiada sesiapa yang salah.. semuanya ketentuan Allah.. Mereka berjumpa kerana Allah telah tetapkan mereka untuk berjumpa, dan mereka berpisah kerana mereka bukan jodoh. Jodoh si Amir adalah dengan isterinya, dan jodoh Humaira mungkin dengan lelaki yang lebih baik dari Amir. Hanya Allah yang tahu semuanya..

Pengajarannya yang kita boleh ambil dari kisah tersebut, janganlah kita bercinta sebelum nikah.. Kita tidak tahu siapa jodoh kita.. Jadi, usaha kita untuk mendapat jodoh yang baik ialah menjadikan diri kita baik dahulu.. Pelihara diri, hati dan perasaan kita.. Jangan sampai kita kecewa seperti apa yang dirasai oleh Humaira.. Sememangnya kisah hidup seseorang itu tidak sama, tetapi orang yang bijak ialah orang yang mengambil pengajaran daripada kisah orang lain, manakala orang yang bodoh ialah orang yang tidak mengambil apa-apa pengajaran dan mengulangi kesalahan yang sama..

Adik-adik, sama-sama kita renungkan ye.. Remaja pun boleh juga ambil pengajaran dari kisah ni.. =)

Salam sayang untuk adik-adik tersayang...


                                                                                                                                                ~kak miera~







Friday, September 16, 2011

Kad raya untuk diriku

Khas Untuk...
Hamba Allah yang hina, yang dijadikan dari tanah yang dipijak-pijak,
Hamba Allah yang penuh dengan dosa, kekurangan, kelemahan dan kejahilan,
Hamba Allah yang mengharapkan pengampunan dari Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat.
yang bakal beralamat di alam berzakh, yang bakal berjumpa Mungkar dan Nakir.

KHAS UNTUK DIRIKU YANG DISAYANGI

Assalamualaikum... Apa khabar hatimu wahai diriku? Sudah adakah dalam hatimu itu akan cinta kepada Allah dan Rasullullah? Wujudkah rindumu kepada Allah dalam hatimu wahai diriku? Atau hatimu masih lagi dikotori dengan cinta dan janji palsu dunia?

Diriku, bangunlah sayang.. Bangunlah menghadap yang Maha Pencipta. Dia lebih layak dicintai dan dirindui.
Diriku, kosongkanlah hatimu dengan cinta dunia, penuhkanlah jiwa dan ragamu dengan Cinta kepada kekasih abadi. Bersedialah untuk pertemuan dengan-Nya kelak.

Wahai diriku, bersihkanlah hatimu, sucikanlah niatmu, kuatkanlah imanmu, indahkanlah akhlakmu dan peliharalah maruahmu. Ingatlah janji yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dia bersama dengan orang yang sabar.

Wahai diriku.. Istiqomahlah dalam mencari redha Maha Pencipta, Bersabarlah dalam menempuhi ujian dan dugaan dalam mencari berkat dan rahmat yang Maha Pemberi Rahmat.

Wahai diriku.. Ayuhlah!! Bangun bersujud kepada yang Maha Berkuasa, berdoa kepada yang Maha Mengasihani agar dipermudahkan urusan hidup dan matimu, Dunia dan Akhiratmu.

Wahai diriku, kawallah hatimu agar sentiasa bersabar, tabah dan sentiasa mengikut syariat dan ajaran yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Diriku, ingin aku gunakan kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf darimu di atas segala kesalahan, kebodohan, keterlanjuran dan kekurangan yang telah aku lakukan kepadamu. Semoga hari raya pada tahun ini lebih bermakna buat kita. Diriku, Ingatlah.. Muhasabahlah perbuatan seharianmu agar kamu tidak mengulangi kesalahan yang sama dan berterusan membuat kebaikan. Aku sayang kamu! Jaga iman, capai taqwa, rebut syurga, jauhi neraka.... Sayang kamu!!!

                                                                                                                                             Ikhlas,
                                                                                                                                    ~ untuk diriku ~



Duhai Anak......



Berfikir  tentang ibu, pastinya kita terbayangkan wajah ibu kita yang cantik, semestinya kita teringat akan kata-katanya yang penuh kasih sayang, masih terasa hangat pelukannya. Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu kita sewaktu kita masih di dalam kandungannya? Pernahkan kita mendalami perasaan ibu sewaktu kita menendang dari dalam rahim ibu? Bagi seorang bakal ibu, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada dapat merasa gerakan bayi dalam kandungannya. Lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi yang dikandungnya itu sihat dan selamat. Ibu berhati-hati dalam membuat sesuatu pekerjaan agar tidak menggangu bayi dalam kandungan. Ibu sedaya upaya menjaga kandungan dengan sebaik mungkin, mendidik diri, mencari ilmu dengan harapan bayi yang dikandung itu sihat dan mempunyai sifat-sifat yang baik.
Tetapi, adakah kita sedar semua itu? Sudahkah kita jalankan tanggungjawab kita sebagai anak kepada ibu bapa kita? Mana hilangnya janji manis kita pada mereka sewaktu kita kecil-kecil dahulu? Ada di antara kita sudah terlanjur melakukan kesalahan kepada ibu bapa kita, tidak pernahkah kita terfikir perasaan mereka? Betapa kecewanya mereka terhadap kita.
Ada di antara kita sangat baik hubungannya dengan ibu bapa. Tetapi sayang seribu kali sayang. Kita selalu berfikir untuk membalas budi baik mereka dengan memberi wang setiap bulan, beri kemewahan, tetapi kita tidak pernah terfikir bahawa mereka lebih memerlukan kasih sayang kita sebagai seorang anak. Mereka lebih menagih perhatian daripada kita. Semua ibu bapa mengharapkan perhatian dan kasih sayang anak-anak mereka. Itu baru tentang kasih sayang dan perhatian. Pernahkah kita terfikir bahawa mereka juga memerlukan doa anak yang soleh/solehah sebagai bekalan mereka di akhirat sana? Apakah yang kita bekalkan untuk hari akhirat mereka? Adakah dosa pakaian kita yang tidak menutup aurat? Adakah dosa akhlak kita yang keterlaluan tahap teruknya? Adakah kata-kata umpatan kita terhadap mereka? Adakah kesalahan-kesalahan kita yang mengundang dosa kepada mereka menjadi bekalan akhirat mereka? Atau doa, akhlak yang baik, aurat yang ditutup dengan sempurna dan berusaha menjadi anak yang soleh/solehah kita bekalkan kepada mereka? Fikir-fikirkanlah..