Kalau sebelum ni saya sibuk men'study'kan diri, sekarang ni pula saya 'sibuk' berlatih dan bertatih dalam industri. Ade ape dalam latihan industri ni?? Saye pun tak tahu, tapi yang penting, sebagai pelatih industri di tempat-tempat kerajaan sememangnya tidak mempunyai kerja. Setiap kali tanya kepada penyelia, " puan, tak de kerje ke untuk kami?", penyelia tu menjawab dengan senyuman yang penuh ikhlas, "buat mase sekarang ni tak de lagi kerja untuk kamu, tunggu hari akan datang ye", dan saya dengan sahabat, dengan senyuman yang penuh hampa berterima kasih kepada puan penyelia tersebut..
Itu pengalaman setelah dua hari saya menjadi pelatih di sini. Nak tahu pengalaman pada hari pertama menjadi pelatih?? Terasa lucu bila mengingatkan hari pertama menjadi pelatih. Selepas melapor diri, berkenalan dengan pegawai-pegawai di bahagian tempat latihan, saya dan sahabat diberi tempat yang sangat selesa, mempunyai sebuah komputer dan sebuah print.. Seronoknye..Terasa cam pegawai gitu.. Tapi, seronok tu tak lama kerana komputer tersebut adalah komputer rosak..uhuh..Ape-ape pun bersyukur sangat sebab pegaiwai dan penyelia kat sini baik-baik belaka. Setiap kali lalu mesti tegur. Oh, terasa dihargai sangat.. Petang tu, lagi la terasa seperti pegawai.. Pegawai di situ boleh pulak ajak kami pelatih industri ni pergi makan di kantin, mereka belanja.. Hmm, bersyukur sangat-sangat kerana kehadiran kami dirai sebegitu.. Alhamdulillah..
Saya baru je didedahkan dengan suasana kerja pegawai-pegawai kerajaan. Saya rase bangga kerana pegawai di sini sangat menjaga pergaulan dan waktu solat. Terdapat juga program-program islamik seperti ceramah agama, solat berjemaah dan mereka juga pegawai yang berdisiplin. Saya suka dengan suasana di sini. Saya sangat-sangat bersyukur kerana ditakdirkan saya dipilih untuk menjadi pelatih di sini.. Syukur alhamdulillah.
Ini lah pemandangan dalam bangunan tempat latihan industri saya.
Suasana yang menyambut kedatangan kami setiap hari
Saya ingin sangat berkongsi dengan pembaca apa yang telah saya dengar di tv pada dua minggu lepas. Ianya tentang orang yang mengasihi Allah.
Dalam surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Daripada terjemahan ayat di atas, antara orang yang mencintai Allah ialah
1. Orang yang berlemah lembut kepada orang yang beriman
2. Orang yang tegas dengan orang kafir
3. Orang yang berjihad di jalan Allah
4. Orang yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela apabila dia melakukan perkara taat kepada Allah.
Banyak lagi ciri-ciri orang yang mencintai Allah yang dinyatakan dalam program tersebut. Antaranya ialah orang yang tekun, istiqamah, beriltizam dalam melakukan solat sunat, orang yang bertawakal kepada Allah dan orang yang berbuat kebaikan.
Banyak ciri-ciri orang mengasihi Allah. Apakah kita berada dalam golongan tersebut? Jom muhasabah diri kita. Semoga kita menjadi salah seorang yang mengasihi Allah.
No comments:
Post a Comment