Friday, December 24, 2010

KAWAN..

Kawan..
Sudah lama ku pendam perasaan ini..
Terlalu lama ku simpan rindu ini..

Di manakah engkau duhai kawan?

Hari demi hari berlalu..
Aku tertunggu-tunggu panggilan atau mesej ringkas darimu..
waktu yang berdetik, membuahkan perasaan hampa dihatiku..
Apakah salahku wahai kawan?

Terlalu lama kita bersama,
tiba-tiba kau pergi tanpa khabar berita..
Dimanakan engkau duhai kawan?
Ketahuilah..
Diri ini sentiasa menanti dan merindui kehadiranmu..
Semoga Allah temukan kita dalam rahmat dan kasih sayangNya..
dengan keadaan dan diri yang bertambah baik..

                                                                                                                                       ~ya~

JENIS-JENIS HATI.


Sewaktu di Matrik, setiap minggu saya habiskan mase mendengar ceramah di radio dan pergi kuliah Zohor pada setiap hari Jumaat. Banyak ilmu yang saya dapat dari kuliah tersebut. Ingin rasanya untuk berkongsi ilmu-ilmu yang saya dapat..Jadi untuk entry kali ini saya akan bangkitkan tentang HATI.

Terdapat tiga jenis hati iaitu
a)      Hati yang mati
b)      Hati yang sakit
c)       Hati yang sejahtera
Entry kali ini saya akan jelaskan tentang hati yang mati, manakala hati yang sakit dan hati yang sejahtera akan saya jelaskan pada entry yang akan datang.
Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:

Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.

Ciri-ciri hati yang mati.

Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.
                                                                                                      ~adaptasi dari usrahrasahati.blogspot.com~

DUHAI HATI...


Bukan senang untuk menerima kepahitan,
Tetapi,
Ketahuilah.. Di sebalik kepahitan sepahit hempedu,
Tersembunyi kemanisan semanis madu..
Bukan mudah untuk redha,
Tetapi..
Dengan redha, ketenangan menjadi milik kita..
Dia tahu kemampuan kita..
Dia tahu segala-galanya..
Kata-Nya“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
Kata-Nya pada ayat seterusnya  “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..”
Dua kali Dia menyatakan hperihal yang sama untuk meyakinkan kita..
Dengan itu..
Berusaha dan berdoalah..pasrahlah dengan ketentuan-Nya..
Sesungguhnya..
Dia terlalu ingin mengkabulkan doa dan permintaanmu..
Tetapi..
Jangan kau sangka Dia kejam jika permintaanmu doamu tidak dimakbulkan..
Positifkanlah fikiranmu dengan-Nya..
Ingatlah.. Dia tak kan beri apa yang kau inginkan..
Tetapi..
Dia akan bagi apa yang kau perlukan..
Kerna itu lebih baik untukmu..
Wahai hati.. tabahlah..Kuatlah dalam mengejar cinta ilahi..

KHAS UNTUKMU SAHABAT


Kita berjumpa di saat aku tidak memerlukan kehadiran seorang lagi sahabat,
Keindahan akhlakmu,
Kesabaran kau melayani karenahku serta
Usahamu untuk menarik perhatianku,
Membuatkan aku menerima dirimu seadanya dalam hidupku..
Pada waktu itu, aku mempunyai tiga teman rapat termasuk dirimu..
Aku tidak pernah menyangka orang yang tidak pernah ku lihat dengan padangan mata hatiku waktu dulu rupanya menjadi sahabat sejatiku sehingga kini..
Kau merupakan teman di masa senang dan susahku, pendengar  setia sewaktu aku memerlukan seorang pendengar, penasihat terbaikku sewaktu aku memerlukan nasihat..
Sahabat..
Kau temanku..
Kau kawanku..
Aku perlukan mu untuk teruskan hidup  yang penuh dengan tipu helah ini..
Kerna kau sahabatku..
Teman bergurau senda, teman aku berangan tentang masa depan kita..
Sahabat..
Aku sangat bahagia dengan kehadiranmu..
Aku amat menghargai kehadiranmu..
Sahabat..
Aku sangat rindukan kenangan lalu..
Kenangan di mana kita makan di dewan makan SMKSIS II..
Aku selalu tersenyum pabila melihat kau makan..
Cepatnya kau makan.. berselera sekali..
Seleramu itu menambah seleraku..
Sahabat..
Tanpa kau sedari, aku selalu memerhati kau berjalan..
Bahagianya aku diwaktu itu..
Dari jauh ku lihat betapa laju kau berjalan..
Tapi bila kita berjalan seiringan, aku perlu memperlahankan langkahku..
Sahabat..
Banyak lagi kenangan-kenangan indah bersamamu..
Tidak pernah aku lupakan kenangan-kenangan indah itu..
Sungguh seronok zaman kita bersama dahulu..
Aku sangat merinduinya..
Sekarang..
Aku masih tercari-cari peluang untuk mengulangi kenangan-kenangan tersebut..
Tetapi…
Berpeluangkah aku??
Wahai sahabatku..
Aku sentiasa merindui kehadiranmu..
Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat..



PENGALAMAN..

Assalamualaikum.. lama sangat rasanya tak masukkan ape2 dalam blog ni.. rindu pulak..:-)..hmm.. sepanjang cuti semester ni, banyak yang dah berlaku..suka, duka, pahit, manis, semuanya berlalu dalam sekelip mata..Alhamdulillah, saya dapat hadapinya.. yang manis dan suka, saya bersyukur semoga ianya kekal, manakala yang pahit dan duka, saya juga bersyukur dan menjadikannya pengaajaran..
Pengalaman merupakan guru yang paling baik untuk setiap orang.. semua orang mempunyai pengalaman sendiri dan pengalaman tersebut hendaklah dijadikan satu pengajaran atau peringatan untuk kita semua semoga kita tidak melalukan kesalahan yang sama di masa depan. Kita juga mestilah belajar dari pengalaman orang lain juga. Hal ini kerana pengalaman orang lain boleh membantu kita untuk jadi lebih matang dan berfikiran terbuka serta boleh membuat keputusan dengan tepat.
Dalam menghadapi sesuatu situasi, kita mestilah berfikiran terbuka dan berfikir dengan lebih matang. Banyak yang perlu kita fikirkan terutamanya tentang akibat dari keputusan yang akan kita ambil. Kita boleh jadikan pengalaman kita yang lalu atau pengalaman orang lain sebagai kayu ukur keputusan yang akan kita buat. Sejauh mana ketepatan keputusan yang kita buat bermula dengan pemikiran kita sebelum kita membuat keputusan tersebut. Bak kata orang, “BEGIN WITH THE END”.
Pengalaman merupakan sesuatu yang berharga. Kita mesti menjadikannya sebagai satu motivasi untuk diri sendiri dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan helah dan tipu daya. Selain daripada pengalaman, pemikiran yang positif boleh membentuk peribadi yang unggul dan membuat keputusan yang terbaik dalam apa juga keadaan.
Melalui pengalaman saya, ramai orang atau boleh dikatakan semua orang yang ingin menjadi baik. Malahan sejahat-jahat manusia, terdetik juga dalam dirinya untuk menjadi baik. Ada yang teringin menjadi wanita yang solehah, ada yang ingin menjadi lelaki soleh, ada yang ingin berjaya dan tolong orang lain dan macam-macam lagi keinginan untuk menjadi baik. Hal ini kerana fitrah manusia yang inginkan kebaikan. Tetapi, mengapa kita tidak menjadi sepeti apa yang kita inginkan? Apakah yang perlu kita lakukan untuk kita jadi baik dan istiqamah menjadi baik?
Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh jawab soalan serumit itu. Hanya diri kita yang tahu tahap kemapuan kita sendiri. Apa yang boleh saya bantu, kita mesti berfikir akan kebaikan dan keburukan tentang sesuatu yang ingin kita lakukan dan muhasabah diri selepas apa yang kita lakukan. Pemikiran kita mestilah di dalam skop aqidah dan syariah Islam demi mencapai apa yang kita inginkan. Selain itu, kita mestilah redha dengan apa yang terjadi walaupun sesuatu yang telah terjadi itu di luar rancangan kita. Bak kata kawan baik saya, kita merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah adalah yang terbaik. Apa-apa pun yang berlaku dan akan berlaku semuanya kehendak dan rancangan Allah. Kita sebagai manusia perlulah berusaha dan bertawakal kepadaNya agar sentiasa dalam limpahan kasih dan sayang serta rahmat-Nya.
Di sini ada sedikit informasi tentang Islam. Mari kita sama-sama hayati dan amalkannya..

11 jenis manusia didoa Malaikat
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Sunday, November 14, 2010

ketetapan untukku..

Hari ini merupakan hari yang ku tunggu setelah seminggu berada di bumi UPSI demi menyediakan diri untuk memerah otak bermula dari 23 Nov 2010 sehingga 4 Dis 2010 dalam Final Exam semester ni. Terasa bahagia apabila mengenangkan bahawa sebentar sahaja lagi aku akan sampai di kampung halaman tempat tumpah darahku untuk bersama-sama keluarga tercinta meraikan hari raya aidil adha. Betapa seronoknya apabila dapat membantu emak membuat kuih-kuih raya untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Rindunya pada suasana mesra semasa berbual bersama emak dan ayah dimeja makan. Hmm.. Bahagianya..Alhamdulillah..Aku masih dapat merasai kebahagiaan ini.. Syukur padaMu ya Allah.. Harapanku semoga nikmat kebahagiaan yang Kau berikan padaku ini berkekalan..aminn.



Berbicara tentang Hari Raya Aidil Adha, mari sama-sama kita hayatinya..



'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.



Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternakan, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 


"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28) 




Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan serta dugaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan serta mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 





Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
Amin ya Rabbal Alamin! 
                                                                               ~ adaptasi dari Ustaz Syed Hasan Alatas




SUNGAI DALAM LAUT...SUBHANALLAH....


 "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) 

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
 




http://img683.imageshack.us/img683/953/alam4.jpg






Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Apakan perasaan anda apabila melihat ciptaan Allah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa ini? Tepuk dada tanya iman. Semoga info ini bermanfaat pada semua..

Wednesday, November 10, 2010

PESAN-PESAN IMAM SYAFIE

Dipetik dari: Abdul latip Talib (2010). Imam Syafie Pejuang Kebenaran. Selangor: PTS Litera Utama Sdn Bhd, h. 256-260.

  • Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah
  • Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  • Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah orang pilihan di sisi Allah
  • Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi
  • Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim“. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil
  • Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri
  • Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan
  • Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya
  • Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia
  • Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari
  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh
  • Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
  • Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah
  • Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam firmanNya dalam surah al-Rum ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami menolong orang yang beriman
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah seperti dalam firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti menunaikan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus seperti dalam firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud, Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus
  • Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperolehi rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah seperti dalam firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Tuesday, October 19, 2010

buatmu sahabat tersayang...

Sahabatku...


Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati
mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga Nur ILAHI 
akan membening seluruh perjalannan hidupmu.







Duhai sahabat Muslimah ku...


Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada
malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam 
lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana
belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.



Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana ALLAH mengujimu dengan
menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna.
Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dengan
pandangan yang luar biasa.


Duhai Mujahidah..


Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. 
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung 
ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu 
dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,
jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati 
orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman 
bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang 
bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan 
ketulusan peribadimu.








Wahai Akhawat..


Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah 
sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata 
lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.







Ukhti yang dikasihi..


Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.

Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.






Serikandi muslimah sejati..


Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.


Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA, 
Insya-ALLAH..







Akhirul Kalam..





Ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan ar-Rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, Insya-ALLAH..

Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya, ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya ALLAH akan mencatitkan di sisinya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, ALLAH akan mencatitkan di sisinya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja. "


والله أعلم بالصواب
(^_^)  و الى اللقاء





Wednesday, October 6, 2010

untukmu yang telah terpilih untukku.................


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


copied from: murabbi.net