Friday, December 24, 2010

KAWAN..

Kawan..
Sudah lama ku pendam perasaan ini..
Terlalu lama ku simpan rindu ini..

Di manakah engkau duhai kawan?

Hari demi hari berlalu..
Aku tertunggu-tunggu panggilan atau mesej ringkas darimu..
waktu yang berdetik, membuahkan perasaan hampa dihatiku..
Apakah salahku wahai kawan?

Terlalu lama kita bersama,
tiba-tiba kau pergi tanpa khabar berita..
Dimanakan engkau duhai kawan?
Ketahuilah..
Diri ini sentiasa menanti dan merindui kehadiranmu..
Semoga Allah temukan kita dalam rahmat dan kasih sayangNya..
dengan keadaan dan diri yang bertambah baik..

                                                                                                                                       ~ya~

JENIS-JENIS HATI.


Sewaktu di Matrik, setiap minggu saya habiskan mase mendengar ceramah di radio dan pergi kuliah Zohor pada setiap hari Jumaat. Banyak ilmu yang saya dapat dari kuliah tersebut. Ingin rasanya untuk berkongsi ilmu-ilmu yang saya dapat..Jadi untuk entry kali ini saya akan bangkitkan tentang HATI.

Terdapat tiga jenis hati iaitu
a)      Hati yang mati
b)      Hati yang sakit
c)       Hati yang sejahtera
Entry kali ini saya akan jelaskan tentang hati yang mati, manakala hati yang sakit dan hati yang sejahtera akan saya jelaskan pada entry yang akan datang.
Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah swt;

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:

Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.

Ciri-ciri hati yang mati.

Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.
                                                                                                      ~adaptasi dari usrahrasahati.blogspot.com~

DUHAI HATI...


Bukan senang untuk menerima kepahitan,
Tetapi,
Ketahuilah.. Di sebalik kepahitan sepahit hempedu,
Tersembunyi kemanisan semanis madu..
Bukan mudah untuk redha,
Tetapi..
Dengan redha, ketenangan menjadi milik kita..
Dia tahu kemampuan kita..
Dia tahu segala-galanya..
Kata-Nya“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
Kata-Nya pada ayat seterusnya  “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..”
Dua kali Dia menyatakan hperihal yang sama untuk meyakinkan kita..
Dengan itu..
Berusaha dan berdoalah..pasrahlah dengan ketentuan-Nya..
Sesungguhnya..
Dia terlalu ingin mengkabulkan doa dan permintaanmu..
Tetapi..
Jangan kau sangka Dia kejam jika permintaanmu doamu tidak dimakbulkan..
Positifkanlah fikiranmu dengan-Nya..
Ingatlah.. Dia tak kan beri apa yang kau inginkan..
Tetapi..
Dia akan bagi apa yang kau perlukan..
Kerna itu lebih baik untukmu..
Wahai hati.. tabahlah..Kuatlah dalam mengejar cinta ilahi..

KHAS UNTUKMU SAHABAT


Kita berjumpa di saat aku tidak memerlukan kehadiran seorang lagi sahabat,
Keindahan akhlakmu,
Kesabaran kau melayani karenahku serta
Usahamu untuk menarik perhatianku,
Membuatkan aku menerima dirimu seadanya dalam hidupku..
Pada waktu itu, aku mempunyai tiga teman rapat termasuk dirimu..
Aku tidak pernah menyangka orang yang tidak pernah ku lihat dengan padangan mata hatiku waktu dulu rupanya menjadi sahabat sejatiku sehingga kini..
Kau merupakan teman di masa senang dan susahku, pendengar  setia sewaktu aku memerlukan seorang pendengar, penasihat terbaikku sewaktu aku memerlukan nasihat..
Sahabat..
Kau temanku..
Kau kawanku..
Aku perlukan mu untuk teruskan hidup  yang penuh dengan tipu helah ini..
Kerna kau sahabatku..
Teman bergurau senda, teman aku berangan tentang masa depan kita..
Sahabat..
Aku sangat bahagia dengan kehadiranmu..
Aku amat menghargai kehadiranmu..
Sahabat..
Aku sangat rindukan kenangan lalu..
Kenangan di mana kita makan di dewan makan SMKSIS II..
Aku selalu tersenyum pabila melihat kau makan..
Cepatnya kau makan.. berselera sekali..
Seleramu itu menambah seleraku..
Sahabat..
Tanpa kau sedari, aku selalu memerhati kau berjalan..
Bahagianya aku diwaktu itu..
Dari jauh ku lihat betapa laju kau berjalan..
Tapi bila kita berjalan seiringan, aku perlu memperlahankan langkahku..
Sahabat..
Banyak lagi kenangan-kenangan indah bersamamu..
Tidak pernah aku lupakan kenangan-kenangan indah itu..
Sungguh seronok zaman kita bersama dahulu..
Aku sangat merinduinya..
Sekarang..
Aku masih tercari-cari peluang untuk mengulangi kenangan-kenangan tersebut..
Tetapi…
Berpeluangkah aku??
Wahai sahabatku..
Aku sentiasa merindui kehadiranmu..
Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat..



PENGALAMAN..

Assalamualaikum.. lama sangat rasanya tak masukkan ape2 dalam blog ni.. rindu pulak..:-)..hmm.. sepanjang cuti semester ni, banyak yang dah berlaku..suka, duka, pahit, manis, semuanya berlalu dalam sekelip mata..Alhamdulillah, saya dapat hadapinya.. yang manis dan suka, saya bersyukur semoga ianya kekal, manakala yang pahit dan duka, saya juga bersyukur dan menjadikannya pengaajaran..
Pengalaman merupakan guru yang paling baik untuk setiap orang.. semua orang mempunyai pengalaman sendiri dan pengalaman tersebut hendaklah dijadikan satu pengajaran atau peringatan untuk kita semua semoga kita tidak melalukan kesalahan yang sama di masa depan. Kita juga mestilah belajar dari pengalaman orang lain juga. Hal ini kerana pengalaman orang lain boleh membantu kita untuk jadi lebih matang dan berfikiran terbuka serta boleh membuat keputusan dengan tepat.
Dalam menghadapi sesuatu situasi, kita mestilah berfikiran terbuka dan berfikir dengan lebih matang. Banyak yang perlu kita fikirkan terutamanya tentang akibat dari keputusan yang akan kita ambil. Kita boleh jadikan pengalaman kita yang lalu atau pengalaman orang lain sebagai kayu ukur keputusan yang akan kita buat. Sejauh mana ketepatan keputusan yang kita buat bermula dengan pemikiran kita sebelum kita membuat keputusan tersebut. Bak kata orang, “BEGIN WITH THE END”.
Pengalaman merupakan sesuatu yang berharga. Kita mesti menjadikannya sebagai satu motivasi untuk diri sendiri dalam menjalani arus kehidupan yang penuh dengan helah dan tipu daya. Selain daripada pengalaman, pemikiran yang positif boleh membentuk peribadi yang unggul dan membuat keputusan yang terbaik dalam apa juga keadaan.
Melalui pengalaman saya, ramai orang atau boleh dikatakan semua orang yang ingin menjadi baik. Malahan sejahat-jahat manusia, terdetik juga dalam dirinya untuk menjadi baik. Ada yang teringin menjadi wanita yang solehah, ada yang ingin menjadi lelaki soleh, ada yang ingin berjaya dan tolong orang lain dan macam-macam lagi keinginan untuk menjadi baik. Hal ini kerana fitrah manusia yang inginkan kebaikan. Tetapi, mengapa kita tidak menjadi sepeti apa yang kita inginkan? Apakah yang perlu kita lakukan untuk kita jadi baik dan istiqamah menjadi baik?
Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh jawab soalan serumit itu. Hanya diri kita yang tahu tahap kemapuan kita sendiri. Apa yang boleh saya bantu, kita mesti berfikir akan kebaikan dan keburukan tentang sesuatu yang ingin kita lakukan dan muhasabah diri selepas apa yang kita lakukan. Pemikiran kita mestilah di dalam skop aqidah dan syariah Islam demi mencapai apa yang kita inginkan. Selain itu, kita mestilah redha dengan apa yang terjadi walaupun sesuatu yang telah terjadi itu di luar rancangan kita. Bak kata kawan baik saya, kita merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah adalah yang terbaik. Apa-apa pun yang berlaku dan akan berlaku semuanya kehendak dan rancangan Allah. Kita sebagai manusia perlulah berusaha dan bertawakal kepadaNya agar sentiasa dalam limpahan kasih dan sayang serta rahmat-Nya.
Di sini ada sedikit informasi tentang Islam. Mari kita sama-sama hayati dan amalkannya..

11 jenis manusia didoa Malaikat
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah