Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Kita masih lagi dipilih untuk diberi nikmat iman dan Islam, di mana tiada yang lebih bererti daripada dua nikmat yang besar ini.. Subhanallah.. Kita masih lagi diberi peluang untuk menambah pengetahuan yang ada, jika tidak, mana mungkin kita akan terbuka laman yang mengandungi perkongsian ilmu, kn? Allahuakbar.. Betapa luasnya ilmu Allah yang Maha Mengetahui.. Mana mungkin ilmu yang kita pelajari itu habis sekalipun kita sudah bergelar doktor falsafah..
MasyaAllah.. Dah lama rasanya tak "update" blog ni.. Tapi hari ni, alhamdulillah, saya diberi kesempatan masa dan semangat baru untuk meng"update"nye..
Berbalik kepada tajuk yang tertera.. Alamat Cinta Kita.. Sebelum tu, saya nak bagi satu analogi.. Andai kita hendak pergi ke sesebuah tempat, apakah yang perlu kita tahu untuk sampai ke tempat tersebut? Andai anda ingin menziarahi saya, apakah yang anda perlu tahu untuk sampai ke rumah saya? Pastinya alamat tempat yang ingin anda tujui, kan? Begitulah juga dengan cinta kita.. Cinta? Ya.. Cinta kita kepada Allah.. Apakah yang perlu untuk kita capai cinta kepada Allah?
Antara keperluan atau lebih tepatnya kemestian yang perlu untuk kita mencintai Allah :
1. Taat kepada Allah dan Rasulullah.
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu". 2:208
"Barang siapa yang mentaati Rasul (Muhammad), maka dia mentaati Allah..."4:80
Bagaimana untuk kita taat kepada Allah? Semestinya dengan melakukan perbuatan yang disuruh dan disukai oleh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang.. Bagaimana untuk kita melakukan perbuatan yang disuruh itu? Adakah dengan hati yang lalai? Adakah kita boleh melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam keadaan hati kita bukan kita khaskan untuk-Nya?
Semestinya tidak.. Untuk melakukan mentaati Allah dan Rasulnya, Kita mestilah membersihkan hati kita. Buangkan segala penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita berasa berat untuk melakukan perbuatan yang disuruh dan disukai Allah seperti riak.. Perbanyakkanlah berzikir, membaca al-Quran, beristifar dan kurangkan perkara yang sia-sia yang selalu kita lakukan..
Nabi SAW bersabda, barang siapa selalu beristifar, maka Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan, dan kelapangan dari setiap kesedihannya dan Allah akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangkanya.
2. Pengharapan hanya kepada Allah.
Pengharapan kepada Allah menunjukkan sejauh mana kita mengharap kepada Allah. Pengharapan kepada Allah juga menunjukkan sejauh mana kita berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kita sebagai hamba yang lemah dan lalai sangat perlu kepada "Penjaga" yang sentiasa menjaga dan memperingatkan kita bahawa kita hanyalah hamba. Siapakan "Penjaga" itu? Allah adalah sebaik-baik penjaga, sebaik-baik tempat mengharap. Jika kita di landa kecewa, pada siapa yang kita perlu pergi? Kepada siapa yang perlu kita luahkan? Sesungguhnya Allah merupakan tempat yang paling layak untuk meluahkan perasaan. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Jika kita dalam kegembiraan, kepada siapa harus diutarakan ucapan terima kasih, atau syukur? Semestinya kepada Allah. Kita sebagai manusia biasa, seharusnya sedar tentang pengharapan kepada hanya kepada Allah..
Firman Allah:
"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." ( Asy-Syura:36)
JIka kita mengharap hanya kepada Allah, insyaAllah, sekiranya apa yang dipinta tidak tercapai, tiada kecewa, malah ucapan alhamdulillah yang terkeluar dari hati.. Subhanallah.. Indahnya mengharap hanya kepada Allah.. Janganlah kita menjadi orang yng sombong, yang tidak berdoa dan mengharap kepada Allah. Allah telah berfirman :
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaafir ayat:60)
3. Taqwa kepada Allah.
Taqwa kepada Allah bererti kita seikhlas hati melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Perasaan takut kepada Allah akan wujud apabila kita sedar bahawa kita hanya hamba Allah dan setiap dari kita akan merasai kematian dan dikumpulkan untuk pengadilan (hari kiamat). Apabila kesedaran itu datang, secara aotomatik kita akan taqwa untuk melakukan perbuatan yang dilarang, bukan kerana kita takut kepaada undang-undang dunia atau hukum karma, tetapi, takut kepada balasan atau azab yang akan menimpa diri kita di akhirat nanti. Perasaan takut ini yang akan mengelakkan kita daripada membuat perkara-perkara yang dilarang. Bagaimana kita ingin mengesan sama ada masih ada atau tidak perasaan takut kepada Allah dalam diri kita? Periksalah diri kita diri kita sama ada masih lagi terasa berdosa jika kita melakukan sesuatu yang berdosa atau diri kita sudah hilang "imune" tersebut?.. Jika masih lagi kita terasa berdosa, alhamdulillah.. Jika tidak, berusahalah untuk kembali bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah:
" .. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.." (At-Talaq:3)
4. Berkorban untuk agama Allah, agama Islam.
Bila bercakap tentang berkorban, msih ada di fikiran kita tentang berkorban nyawa dalam peperangan. Tidak dinafikan, pengorbanan tersebut sangat-sangat diperlukan untuk saudara seislam kita di luar sana, seperti di Palestin. Tetapi kita di Malaysia apa yang boleh kita korbankan untuk agama kita? Jika kita lihat rakyat Palestin bermandi darah mempertahankan Islam dan tanah air, kita di Malaysia atau di negara yang aman, apakah yang perlu kita korbankan demi agama Islam?
Kita perlu korabankan masa kita berdoa untuk mereka di Palestin. Kita perlu korbankan masa kita untuk berpesan-pesan kepada kebenaran. Kita perlu korbankan masa kita untuk muhasabah diri kita, membaca al-Quran, pergi ke majlis-majlis ilmu yang boleh menambahkan ilmu dan mengingatkan kita kepada Allah. Ingat kawan-kawan.. masa bukan milik kita.. Apa salahnya kita gunakan masa yang ada untuk mendekati Allah selagi hayat di kandung badan.. Apa salahnya kita gunakan masa yang diberi untuk agama kita..
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."
5. Redha
Di sini saya nak kongsikan satu analogi. Kita sebagai pekerja di sebuah syarikat, apa yang perlu kita lakukan? Dah nama pun pekerja, semestinya kita bekerja untuk syarikat tersebut. Satu hari kita diberitahu bahawa kita akan dinaikkan pangkat kerana prestasi kerja kita yang berkualiti, semestinya gaji juga akan meningkat. Apa yang selalu kita buat selepas mendapat tahu hal tersebut? Kita akan berterima kasih kepada pengurus syarikat tersebut. Tiba satu hari, kita mendapat notis gaji dikurangkan kerana kerja kita yang tidak berkualiti, adakah kita akan membantah? Apa akan terjadi jika kita membantah? Kemungkinan jika kita membantah, kita akan di buang kerja. Jadi, untuk tidak dibuang kerja, kita perlu terima gaji yang telah dikurangkan tersebut.
Analogi ini berkait rapat dengan diri kita sebagai hamba, kerja sebagai ibadah dan kebajikan, dan pangkat serta gaji sebagai kebaikan dan pahala. Allah telah berfirman bahawa kejadian jin dan manusia adalah untuk beribadah kepada-Nya. Bila kita beribadat, membuat kebaikan, kita akan dibalas kebaikan, mungkin dengan rezeki yang tidak di sangka-sangka. Kita akan menerima kebaikan tersebut dengan gembira. Namun, jika kita membuat salah, atau mungkin untuk di uji keimanan kita, kita perlu menerima ujian tersebut dengan redha. Jangan sesekali menyelahi takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Terimalah segalanya dengan redha dan berfikir lah dengan fikiran yang positif. Sentiasalah muhasabah diri sendiri dan istifar. Jika kita di uji, Allah telah memberi jalannya. Firman Allah:
"Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah:153)
6. Selalu mengingati Allah
Allah telah berfirman bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Apabila hati menjadi tenang, kehidupan akan berjalan mengikut landasan yang betul menuju ke jalan Allah.
Firman Allah:
" Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (waktu subuh),
dan segala puji bagi-Nya baik di langi, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zohor (tengah hari)." ( ar-Rum: 17-18)
Inilah antara alamat cinta kita kepada Allah.. Nampak macam mudah, InsyaAllah untuk laksanakannya pun akan mudah bagi orang-orang yang ingin menuju ke jalan Allah. :).. Sebelum terlupa, mari kita sam-sam muhasabah diri kita..
Kita selalu doa agar Allah redha dengan kita.. tetapi... sejauh manakah kita redha dengan Allah? Sejauh manakah kita terima segala pemberian Allah sama ada pemberian itu berbentuk nikmat atau ujian?
Fikir-fikirkanlah.. semoga kita sentiasa dalam rahmat, redha dan kasih sayang Allah..
Semoga entry kali ni memberi kesedaran dan jalan kepada kita menuju cinta Allah.. Sama-samalah kita menuju cinta Allah..
YA Allah...
Berikan kami petunjuk-Mu,
Untuk kami meniti ke jalan redha-Mu,
Izinkan kami mengulangi,
Janji-janji yang baru,
Taubat nasuha setulus untuk-Mu............
No comments:
Post a Comment