Friday, June 10, 2011

Cinta Abu Ubaidah Al-Jarrah

Assalamualaikum.. Hari ini, mari kita kenal seorang sahabat Rasulullah yang begitu mencintai baginda. Nama diberi ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah. Beliau telah ditakdirkan Allah memeluk Islam sewaktu hari-hari pertama Saidina Abu Bakar As-Siddiq berdakwah menyebarkan Islam. Beliau terlalu istimewa di sisi Rasulullah. Beliau berperawakan tinggi, berbadan kurus, mempunyai wajah yang berurat, berjanggut nipis dan kedua-dua gigi hadapannya patah.

Rasulullah s.a.w bersabda, " Setiap umat memiliki orang kepercayaan. Dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah". Sejak beliau menjadi ahli tauhid, beliau siap berkorban apa sahaja di jalan Allah dan mengabdikan seluruh hidupnya untuk menitip keredhaan Illahi.

Beliau tidak pernah mencari keuntungan dunia, hatta untuk dirinya sendiri. Sebaliknya, kesemuanya dipersembahkan hanya untuk Allah yang memiliki segenap jiwa. Beliau sangat amanah dan bertanggungjawab terhadap setiap tugas yang dipikulnya.

PERANG UHUD

Ketika Perang uhud, belaiu sentiasa berada disamping Rasulullah dan mempertaruhkan nyawanya demi baginda. Beliau tahu sangat kuat einginan musuh untuk menumpaskan kekaih Allah itu.

Saat beliau meluhat ada bahaya yang datang mengancam kekasihnya itu, beliau akan bergerak sepantas kilat melawan dan menebas setiap satu musuh yang cuba untuk mengapa-apakan Rasulullah.

Suatu ketika saat perang, beliau terpisah dari Rasulullah SAW akibat pertempuran antara pihak Muslimin dan pihak kafir yang sangat getir. Hampir-hampir sahaja gelap matanya saat melihat satu anak panah meluncur laju mengenai Rasulullah sehingga berdarah-darah wajah yang mulia itu. 

Dia segera mendekati Rasulullah SAW dan menolak jauh rasa sakit pada tubuhnya sendiri yang dilukai oleh musuh-musuh samata-mata ingin mempertahankan nyawa Rasulullah. "Sungguh celakalah golongan yang menyakiti kekasih Allah ini. Celakalah mereka, Ya Allah! Tidak ada secalit dosa pun yang kekasih-Mu ini lakukan terhadap mereka. Sungguh mereka ini melampaui batas!"

Peristiwa itu menyebabkan dua buah mata rantai penutup kepala Rasulullah terlekat di kedua-dua pipi baginda. Abu Ubaidah tidak dapat menahan dirinya daripada melihat perkara yang sangat menyesakkan jiwanya. Beliau dengan nekad menggigit mata rantai itu lalu menariknya dengan kuat dari pipi Rasulullah sehingga tercabut keluar. Akibatnya, satu gigi hadapannya patah. Kemudian beliau mencabut satu lagi mata rantai tersebut dari pipi baginda dan akhirnya kedua-dua gigi hadapannya patah dan tercabut.

Tak terbayang sehingga ke tahap ini pengorbanan beliau terhadap agama. Malah, tak tercapai akal betapa dalam dan tingginya cinta beliau terhadap Rasulullah itu..   

No comments:

Post a Comment