Assalamualaikum wbt.. Pagi ni terasa suasana yang nyaman, indah lagi menenangkan.. Subhanallah..Itu salah satu tanda kekuasaan-Nya..
Setiap manusia pasti akan diuji.. kaya atau miskin, sihat atau sakit, lapang dan banyak lagi yang berlaku dalam hidup kita merupakan ujian untuk diri kita. Sama ada ujian-ujian tersebut untuk menguji keimanan kita atau menghapuskan dosa-dosa kita.
Firman Allah yang bermaksud,
..adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(al-Ankabut:2&3)
Kadang-kadang kita terasa lemah dengan ujian-ujian yang datang. Hampir-hampir berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah apabila datangnya ujian yang tidak kita jangkau.. Tetapi ingatlah firman Allah yang bermaksud
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(al-Baqarah:286)
Allah telah menyatakan bahawa Allah tidak akan membebani hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya. Bermakna setiap ujian yang kita hadapi, semestinya kita mampu menghadapinya.
Allah juga telah tegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud,
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(al-Insyirah:5&6)
Allah telah berjanji bahawa setiap kesusahan yang kita lalui itu, ada kemudahannya.. Setiap apa masalah yang terpaksa kita lalui pasti ada penyelesainnya.. Yang perlu ada dalam diri kita ialah SABAR.. Sabar itu sangat penting untuk diri kita dan masa akan datang..
Firman Allah yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)
Jadi janganlah kita bersedih dengan segala yang ujian yang kitakan terlalu berat untuk kita lalui.. Optimis dan percayalah pada diri kita sendiri.. Optimis terhadap ujian yang dikurniakan dan percayalah bahawa diri kita mampu untuk menghadapinya.. Itulah ubat yang terbaik untuk kita teguh berdiri di saat tsunami kehidupan melanda.. Percayalah pada diri, perbaharuilah hidup kita.. Sekalipun seluruh dunia tidak percaya kita mampu untuk memperbaharui hidup, tidak mengapa.. Yang pasti, kita percaya pada diri kita sendiri.. Ingatlah sahabatku, saat kita merasa tidak punya nsesiapa di samping kita, ingatlah kita masih ada Allah. Saat kita merasa tiada apa lagi yang dapat kita harapkan di dunia ini, ingatlah masih ada Allah untuk kita harapkan..
Ayuh sahabat, lukislah kekuatan kita melalui ujian yang melanda dan teruskanlah berusaha untuk senyum di saat kita bersedih dan tertekan.. Ayuh, jangan bersedih!!
No comments:
Post a Comment