Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa
yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari,
menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam
bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang
buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor
nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana
ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil.
Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham
harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar
memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi,
demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang
semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari
ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan
berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh
membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada
sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini
membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota
bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi
salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan
istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Wahai
sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah
seratus kali setiap hari." (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang
senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana
hadits di atas dan juga hadits berikut ini.
"Dari Abu
Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah,
sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari
lebih dari 70 kali."(HR.Bukhari)
Tidak
hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil
itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia
adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).
(Surah al-Isra': 32).
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting
tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa
urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara
jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang
boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat?
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki
dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut
sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga
disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah
syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil
muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah
tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang.
Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan
adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya,
ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain
menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan
kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk
menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur
peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai
budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati
sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin
benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini
bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah
lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT,
kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah
urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa
was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
Daripada
al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang
tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah
menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu
bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah
fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati
merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara
yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa
kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan
isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh
tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina.
Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta
sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya
katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang
pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini
dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih
al-Qaradhawi).
Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara
yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan
bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika
menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini
kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering
terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik
oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi
kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).
(Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati
perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan
istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret
menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya,
hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan
seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu
secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula
dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan
yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja
takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah
hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina
daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa,
berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan
terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk
bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini
tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti
dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya
sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja
yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah
dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi
masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara
dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)
(Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment