Tuesday, April 12, 2011

Penulis..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini saya telah menyertai satu bengkel penulisan kreatif yang bertajuk “ BERSAMA MATA PENA MELIHAT DUNIA”. Subhanallah. Tajuk sahaja telah menarik diri ini untuk menyertainya.

Bengkel ini disampaikan oleh seorang penulis terkemuka, yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan iaitu Ustaz Pahrol Muhamad Juoi. 

Dalam penjelasannya, begitu banyak input berguna kepada kita sebagai hamba Allah yang punya tanggungjawab untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran seperti firman  Allah :

Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Meraka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi bijaksana”. (At-Taubah :71)

Mengenai isi kandungan yang disampaikan, Ustaz menyatakan bahawa penulis adalah pendakwah, murabbi (pendidik) dan juga seorang pemimpin.  

“Untuk menjadi yang terbaik, kita tidak boleh jadi yang terbaik”!
Anda faham apakah maksudnya?
Untuk menjadi yang terbaik, kita perlulah menjadi baik dahulu, bukan secara tidak sengaja menjadi baik. “ter” yang saya bold itu bermaksud secara tidak sengaja.
Seperti yang kita ketahui, tiada seorang manusia pun yang sempurna melainkan Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian,  seorang pendakwah, pendidik  serta pemimpin mestilah berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Dunia akan menjadikan tujuan bagi orang yang mempunyai tujuan”.
“Tidak ada angin yang akan bertiup bagi kapal yang tiada pelabuhan untuk berlabuh”.
Anda faham maksud dua metafora tersebut? Fikir-fikirkanlah..
Itulah antara metafora yang diberikan oleh ustaz. Indah kn? :)

PENULIS ADALAH PENDAKWAH
Seorang penulis perlu mngetahui bahawa mata pena lebih tajam dari mata pedang. Mata pedang hanya dapat menembusi fizikal seseorang, tetapi mata pena dapat menembusi dalaman seterusnya merubah luaran. Pendakwah memerlukan mata pena juga untuk berdakwah.

Seorag penulis mestilah sentiasa belajar. Belajar bukan sahaja dari orang yang pandai, tetapi kita boleh belajar dengan sesiapa sahaja. Orang yang tawaduk (merendah diri) dalam menuntut ilmu akan mempunyai ilmu yang lebih. Hayati perumpamaan ini.
“Aliran ilmu umpama air yang mengalir. Air mengalir merupakan air yang bersih, tetapi air yang tidak mengalir akan berkarat. Air yang mengalir dari atas akan turun dan berkumpul di bawah. Air yang ada di bawah lebih banyak dari air yang ada di atas. “

Seorang penulis mestilah mempunyai prinsipnya sendiri. Prinsip penulis mestilah tegas berteraskan Islam. Jika kita hendak berdakwah, kita adalah untuk merubah bukan untuk berubah! Oleh itu, prinsip yang tetap dan teguh mesti menjadi pegangan kita.

PENULIS ADALAH MURABBI
Penulis yang baik adalah penulis yang menulis dirinya, iaitu menulis apa yang dilaluinya serta apa yang dilihatnya. Pepatah inggeris menyatakan “in order to deliver the massage, be the massage!” . Oleh itu, jika kita ingin menulis tentang Islam, maka lakukanlah Islam. :)

Penulis yang menulis dari hati, bahan tulisannya akan jatuh ke hati pembaca. Oleh itu, tulislah dari hati yang tulus.
Seorang penulis adalah mengajak, bukan mengajar. Mengajak bererti bersama-sama melakukan apa ditulis. Manakala mengajar bermaksud menyuruh orang melakukan apa yang ditulis, penulis tidak sertai sekali. Penulis juga mestila meneladani apa yang ditulis dan mudah didekati.
Ingatlah wahai penulis, jika Allah menguji kita dengan apa yang kita tulis, bersyukurlah kerana Allah mengingatkan kita akan apa yang telah kita ingatkan kepada orang lain.
Jangan pernah mengaku kita sempurna, semamangnya kita bukan sempurna. Bersama-samalah kita bermujahadah denga apa yang kita tulis.

PENULIS ADALAH PEMIMPIN
Penulis adalah pemimpin yang tidak rasmi. Penulis mempunyai pengaruh yang tersendiri melalui penulisannya. Penulis dapat melahirkan pemimpin dan menjadi ikon kepada pembacanya.
Seorang penulis memandang dunia menerusi mata hati. Cara kita melihat, itulah yang akan kita dapat. Apa yang penulis lihat, itulah yang akan ditulisnya.

Itulah sedikit tentang apa yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol untuk sesi pagi.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.



No comments:

Post a Comment