Saturday, April 16, 2011

Ya Allah... Aku jatuh cinta..


Assalamualaikum. Apa khabar iman kita hari ni? Dah "makan" ke iman kita pagi ni?

Pagi ni saya ingin kongsikan sesuatu yang saya dapat malam semalam. Sesuatu yang menarik perhatian ramai, terutamanya remaja. "Ya Allah, aku jatuh cinta".. Menarikkan?

"Ya Allah, aku jatuh cinta" ini bukanlah untuk mengistiharkan bahawa diri ini dah jatuh cinta, sedang berangan-angan. Bukan ye!.. Tapi itulah tajuk pengajian muslimat yang saya hadiri malam semalam yang disampaikan oleh seorang yang hebat, berbakat, dan lemah lembut perwatakan serta pertuturannya. Penyampaiannya menusuk kalbu, cara penyampaiannya seolah-oleh kita dekat dengannya. Dirinya seorang penulis buku-buku dan novel-novel islamik. Orangnya ialah Ustazah Fatimah Syarha bin Noordin.

Dari ceramah yang disampaikan, beliau telah membawa definisi cinta dari 3 orang terkemuka. Definisi cinta dari Abdullah Nasih Ulwan, cinta bermaksud kecenderungan kepada sesuatu. Dari Ibn Qayyim, terdapat lebih 50 perkataan yang membawa maksud cinta. Katanya, perkataan tersebut yang selalu disalah pakai oleh orang-orang yang "bercinta". Antaranya ialah perasaan untuk mengadakan hubungan dengan seseorang, rindu yang cenderung kepada kebodohan, (al-isq) perhambaan dan cinta yang gila (al-junun). Menurut Abraham Maslow pula, cinta ialah keperluan asasi untuk ada dalam keadaan stabil. 

Cinta ialah fitrah. Namun, jika disalahgunakan, ia akan menjadi fitnah!

Islam tidak sekali-kali menentang fitrah semulajadi manusia itu malah menghormatinya dan meraikannya dengan perkahwinan.

Cinta yang agung ialah cinta kepada Allah. Seseorang yang mencintai Allah akan merasai kelazatannya. Untuk mencapai kelazatan atau kemanisan dalam mencintai Allah, telah nyatakan bahawa semestinya kita
i) Kita mencintai Allah dan rasul lebih daripada yang lain
ii) Kita mencintai manusia kerana Allah
iii) Kita benci kepada kekafiran seperti bencinya kita jika dicampakkan ke neraka.
Sumber- Hadis Muslim

Disaat cinta Allah adalah cinta tertinggi dalam diri kita, segala maksiat yang dilakukan dirasakan pahit. Segala perbuatan yang haram disisi syarak dirasakan begitu menyesal.

Terdapat 3 peringkat cinta yang dihuraikan
i) Cinta Agung iaitu cinta kepada Alllah, Rasul dan Jihad di jalan Allah
ii) Cinta pertengahan iaitu cinta kepada Ibu, ayah, adik, kakak, abang, suami, isteri, anak dan sewaktu dengannya.
iii) Cinta rendah. Cinta rendah ini ialah cinta pertengahan yang melebihi cinta agung.

Di sini ingin saya kongsikan satu kisah. Kisah ini melibatkan seorang hamba Allah yang hebat. Abdullah bin Abu Bakar. Abdullah bin Abu Bakar telah berkahwin dengan Atikah. Beliau sangat mencintai Atikah. Pada suatu hari, Abu Bakar berjalan menuju ke masjid melalui rumah anaknya. Abu Bakar terdengar suara senda-gurau anak dengan menantunya. Abu Bakar menjadi risau kerana sudah masuk waktu azan, Abdullah masuh bergurau dengan Atikah. Adakalanya Abdullah terlepas untuk bersolat jemaah di masjid. Dengan perasaan risaukan anaknya mencintai Atikah lebih dari mencintai Allah, maka Abu Bakar menyuruh Abdullah menceraikan Atikah. Dengan penuh penyesalan, Abdullah menceraikan Atikah. Setelah beberapa waktu, Abu Bakar menyuruh anaknya merujuk kembali Atikah atas rasa cinta pertengahan anaknya kepada Atikah.

Subhanallah..Cinta antara Abdullah dan Atikah itu adalah cinta selepas kahwin, cinta yang halal. Tetapi tetap diceraikan juga. Jadi, dimanakah tahap cinta antara siswa/siswi kita yang belum berkahwin? Dimanakah letaknya tahap cinta adik remaja kita sekarang ni? Tak de pun dalam senarai tahap. Jika cinta pertengahan bertukar menjadi cinta rendah, Allah dah murka, apatah lagi cinta yang tidak tersenarai dalam tahap-tahap cinta. Fikir-fikirkanlah. Kita hidup bukan semata-mata untuk dunia. Malah dunia ini hanyalah pinjaman, sementara sahaja. Ayuh dapatkan redha Allah demi akhirat yang kekal abadi.

Jika tadi kita bercerita tentang peringkat cinta, sekarang ni nak cerita sikit tentang jenis-jenis cinta. Terdapat 3 jenis cinta
i) Cinta kepada Allah - iaitu Allah lebih kita perlukan daripada segala isi dunia.
ii) Cinta kerana Allah - iaitu menyukai atau mencintai kerana Allah. Cinta ini boleh membawa seseorang itu kepada Allah. Cinta ini boleh menjadi cinta anugerah. Kita mendapat kebahagiaan dan keindahan daripadanya. Contohnya cinta antara suami dan isteri.
iii) Cinta bersama Allah - Cinta ini adalah seperti cinta siswa/siswi, adik remaja kita sekarang. Sepatutnya mereka lebih rindu kepada Allah, lebih menunggu waktu solat, lebih suka membaca surat-surat Allah (al-Quran). Tetapi, yang terjadi adalah sebaliknya. Cinta ini boleh membawa kepada syirik cinta! Maka berhati-hatilah. Dosa syirik adalah raja segala dosa.

Kesimpulannya, orang mencari cinta untuk mencari keindahan. Carilah keindahan itu dengan "halalan tayyiba",yang halal lagi baik. Ketahuilah apa yang Allah larang itu sekejap sahaja, masa untuk bermujahadah sangat singkat  berbanding dengan kenikmatan yang akan kita lalui setelah bermujahadah.




No comments:

Post a Comment