Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati segala nikmat kurniaan-Nya..
Hari ini hari yang mengharukan perasaankanku.. Kasihnya seorang ibu terhadap anaknya terlalu berharga.. Pada hari ini, berkali-kali ibu bertanya apakah yang ingin dibawa pulang ke rumah sewa. Ibu begitu resah apabila tiada apa-apa bekalan makanan yang dibuat untuk anaknya. Bukan kerana tidak mahu membawa pulang sebarang makanan, tetapi anaknya ini tidak mahu menyusahkan ibu memasak untuk dirinya. Kasihnya ibu terhadap anaknya. Walaupun anaknya sudah meningkat dewasa, tetapi masih mengambil berat terhadap makan minum anaknya..
Dalam perjalanan menghantar anaknya ke stesen bas, ayah berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta. Di stesen minyak, ibu pasti akan bertanya "nak ais krim tak?" kerana ibu tahu ais krim adalah kegemaran anaknya. Walaupun anak ini menggeleng, ibu tetap turun untuk membeli makanan ringan untuk dikunyah semasa dalam perjalanan selama hampir satu setengah jam. Ibu.. Kasih sayangmu tiada tandingan..
Jika diingat kembali, pasti begitu banyak perkara tentang kasih sayang seorang ibu membuatkan kita mengalir air mata. Begitu besar pengorbanan seorang ibu yang telah mengandungkan, melahirkan seterusnya membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Apakah yang akan kita berikan sebagai balasan atas segala pengorbanan dan kasih sayang ibu? Cukupkah apa yang kita berikan sekarang ini? Bahagiakah ibu dengan apa yang kita lakukan sekarang? Fikir-fikirkanlah..
Semoga ibu sentisa dalam lembayung rahmat dan kasih sayang-Nya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami. Kuatkanlah iman mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami semasa kecil. Panjangkanlah umur mereka, murahkanlah rezeki mereka, tabahkanlah hati mereka dalam mendidik kami dan berilah hidayah kepada mereka. Amin..

No comments:
Post a Comment